TNB rugi: Bersedia kemungkinan kenaikan tarif elektrik ?


Dari Harakahdaily
Oleh: Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, : Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa rakyat bersiap-sedia menghadapi kemungkinan kenaikan tarif elektrik berikutan kerugian besar Tenaga Nasional Bhd (TNB).

“TNB mengalami kerugian sebesar RM453.9 juta. Ketika mengalami keuntungan pun TNB nakkkan tarif elektrik, apa jaminan ia tidak naikkan selepas rugi besar seperti itu?” katanya.

Mahfuz mennggesa Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh mendedahkan sebab sebenar kerugian besar TNB.

“Bila rugi, seperti biasa, sudah menjadi hobi para peneraju syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutamanya untuk menyalahkan faktor luaran seperti kenaikan kos bahan mentah dan sebagainya.

“Che Khalib juga mengaitkan kerugian dengan kekurangan bekalan gas dan dengan beraninya meletakkan cabaran kepada Petronas untuk memulihkan sepenuhnya bekalan gas semula jadi supaya TNB tidak perlu lagi menggunakan bahan api ganti yang mahal.

“Sedangkan, sepatutnya CEO TNB itu memilih sikap pro-rakyat serta mendedahkan sebab sebenar kerugian besar TNB,” kata beliau.

TNB mencatatkan kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat tahun kewangan semasa.

Mahfuz mempersoalkan jika kekurangan bekalan gas semula jadi yang menjadi punca kerugian TNB sehingga terpaksa menggunakan bahan api ganti yang mahal, mengapa pula syarikat-syarikat pembekal tenaga bebas (IPP) mencipta keuntungan?

“Adakah TNB tidak menikmati subsidi gas yang mencukupi dari Petronas seperti yang dinikmati IPP? Adakah hanya IPP menikmati subsidi gas yang mencukupi dan tidak perlu menggunakan bahan api ganti yang mahal?

“Atau adakah kerana TNB menjadi sapi perahan IPP? Rakyat tahu bahawa TNB dipaksa membeli tenaga dari IPP walaupun tidak digunakan,” kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu tidak mengharapkan Che Khalib mempunyai keberanian seperti bekas CEO TNB, Tan Sri Ani Arope yang meletak jawatan kerana tidak berpuas hati terhadap perjanjian berat sebelah antara IPP dan TNB.

“Sudah tentu kita tidak mengharap Che Khalib mempunyai keberanian seperti Ani, tetapi sekurang-kurangnya beliau hendaklah lebih telus dalam menjelaskan sebab sebenar kerugian TNB

“Che Khalib hendaklah berterus-terang kerana TNB mungkin rugi lebih besar lagi jika tariff elektrik tidak dinaikkan pertengahan tahun lalu dengan kenaikan purata 7.12 peratus,” kata beliau.

Rakyat, kata Mahfuz, bukan sahaja tidak berpuas hati terhadap subsidi sehingga RM17 bilion kepada IPP dan perjanjian tidak waras yang memaksa TNB membeli tenaga dari IPP walaupun tidak digunakan, malah semakin marah apabila baru-baru ini tersiar khabar penambahan IPP kepada Tanjung Bin Power dan urusniaga yang begitu bermurah hati kepada anak syarikat Malakoff Berhad itu.

“Bukan itu sahaja, sejak September lalu lagi saya diberitahu tentang perundingan untuk membolehkan IPP meningkatkan kapasiti pengeluarannya malah ada dakwaan bahawa surat kelulusan telah diberikan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran,” kata beliau.

Mahfuz mempersoalkan kewajaran penambahan IPP dan rundingan meningkatkan kapasiti pengeluaran sedangkan TNB dan akhirnya rakyat sentiasa dibuli supaya membayar kepada IPP walaupun tenaga yang mereka bekalkan tidak digunakan.

“Walaupun dibekalkan dengan tenaga yang tidak digunakan, TNB kena bayar. IPP tidak menjana tenaga pun TNB kena bayar, sampai bila rakyat yang menjadi pelanggan TNB hendak menanggung biawak hidup seperti ini?” beliau mempersoalkan.

Beliau berharap semakin ramai rakyat menyedari satu-satunya penyelesaian kepada masalah dan bebanan itu ialah dengan memastikan berakhirnya pemerintan Umno Barisan Nasional (BN).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: