Sikap Penyokong Kelantan Lebih Berdisplin


Artikel Asal dari paaduu.com

Semasa aku membaca comment dari penyokong Negeri Sembilan ketika isu tikam penyokong, dia memetik sekali nama penyokong Kelantan pahadal isu tikam itu melibatkan Negeri Sembilan dengan Terengganu. Oleh sebab itu, aku tergerak hati untuk membuat sedikit review tentang penyokong setia Kelantan.

Walaupun dulu penyokong Kelantan kerap kali dilabel penyokong yang ganas, jahat, samseng ataupun perkataan negatif dari penyokong yang lain terutama oleh media massa. Namun, seteruk-teruk penyokong Kelantan, mereka tidak pernah menimbulkan isu perkauman, membakar bendera negeri lain mahupun kes tikam penyokong yang lain. Walaupun semangat kenegerian mereka terlalu tinggi, namun mereka tidak pernah untuk membuat provokasi tanpa sebab ke atas pasukan lain.

Mereka juga tidak pernah lupa untuk menunaikan solat ketika menunggu perlawanan walaupun semasa berada didalam stadium. Namun, aku begitu kagum dengan semangat penyokong setia Kelantan kerana tidak kira pasukan mereka menang atau kalah, mereka tetap memenuhi stadium keramat The Red Warriors untuk memberi sokongan. Tidak kira yang berupaya atau tidak berupaya, mereka tetap bersemangat untuk datang ke stadium. Semangat inilah yang akan membakar semangat pemain di dalam gelanggang.

Namun, segala kebaikkan penyokong Kelantan akan selalu di negatifkan oleh pihak yang dengki terhadap kemajuan bola sepak Kelantan terutama media massa. Segala keburukan pasukan Kelantan, mesti akan menjadi isu paling panas, namun kebaikkan oleh penyokong Kelantan tidak pernah pula diperkatakan. Kalau nak katakan tentang kes bakar mercun dan gaduh mulut, mana-mana stadium pun akan terjadi perkara sebegitu. Be professional lah.

So, disini ingin aku ingin kongsikan dengan peminat bola sepak negeri lain, anda semua tidak usahlah takut untuk berkunjung ke stadium keramat pasukan Kelantan kerana anda akan dilayan dengan baik. Diharapkan penyokong negeri lain berhentilah berfikiran negatif terhadap penyokong Kelantan. Sokonglah pasukan anda dengan semangat berpasukan dan berprofessional. Sekian.

Tahniah kepada penyokong pasukan Kelantan!

3 Respons to “Sikap Penyokong Kelantan Lebih Berdisplin”

  1. salam, aku mohon maaf bg org yg tuduh kelantan. bg aku sendiri, stiap negeri sama shj.. tidak 100% yer baik.. dan tak kurang ramai yer yang macam xde akhlak… aku kata begitu sbb aku byk kali dh tgok bola kt stadium. lebih elok klu bro, x menyebelahi siapa2..n kutuk la sekeras2 yer pada sekumpulan yg buat masalah mcm nie..k

  2. memang isu ini hangat. tetapi sejarah keganasan penyokong kelantan tak dapat dilupakan. jangan lah marah kalau di kaitkan dengan isu ini kerana isu ini pernah berlaku. bagus kalau penyokong kelantan sudah berubah. harapkan berterus yek
    bagi saya penyokong negeri mana pun, mentaliti peminat kita masih tidak berubah. harap semua dapat menjadi lebih matang.

  3. penyokong solat tu yang terbaik…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: