Peluru dipos ke rumah Aziz Bari


Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.

Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: “Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti”.

“(Dihantar dengan) pos biasa saja.

“Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai,” katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya.

Ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi.

Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz.

Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai “kecil sahaja”.

Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata “tidak” kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.

“Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata ‘natang’. Itu jauh sekali.

“Saya cuma bercakap tentang exercise of power,” kata pensyarah undang-undang Universiti  Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis “kami nak Idris, natang”.

“Natang”, dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.

Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari.

Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya.

Dari Malaysiakini

2 Respons to “Peluru dipos ke rumah Aziz Bari”

  1. diharap prof aziz bari membuat laporan polis dan memberi sepenuh kerjasama dengan polis kerana isu ini kerap menjadi bahan untuk meraih simpati. peluru hidup kepada karpal singh, molotov cocktail kepada mat sabu. modus operandinya sama

      • Aziz Bari serah peluru

        GOMBAK: Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam, bagi menyerahkan nota ugutan bersama sebutir peluru yang diposkan ke rumahnya di Bandar Baru Selayang.

        Beliau tiba di IPD itu pada jam 12 tengah hari untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan dan menyerahkan bahan bukti.

        Abdul Aziz yang ditemui selepas selesai memberi keterangan berkata, ketika kejadian itu, beliau hendak ke rumah mentuanya di Taiping, Perak sebelum menerima surat daripada posmen pada jam 11.45 pagi.

        Abdul Aziz berkata, dia yang tidak mengesyaki apa-apa menerima surat itu, namun mendapati cop yang tertera di surat itu tidak jelas.

        “Apabila saya membuka surat itu terdapat nota bertulis ‘Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti’ bersama sebutir peluru.

        “Hari ini (semalam) saya hadir untuk menyerahkan bahan berkenaan dan polis meminta saya memberitahu sama ada mengesyaki sesiapa yang berpotensi mengancam nyawa saya,” katanya.

        Abdul Aziz berkata, beliau tiada musuh dan sebelum ini juga tidak menerima sebarang panggilan daripada sesiapa.

        Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, Abdul Aziz menyerahkan peluru kaliber bersama surat cetakan berkomputer kepada polis.

        Menurutnya, sampul surat itu berwarna coklat bersetem dua keping bernilai 60 sen.

        “Cop pada sampul surat juga tidak jelas untuk dikenal pasti alamat pejabat pos yang boleh mengesan suspek.

        “Barang kes akan dihantar ke jabatan kimia untuk dianalisa dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah,” katanya.

        Url: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AzizBariserahpeluru/Article/index_html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: