Pengadil tak cukup matang


PENGADIL Mohd Nafeez Abdul Wahab yang melayangkan 10 kad kuning dan lima kad merah dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Terengganu dan Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin, berdepan ujian getir apabila dia bukan saja dilontar dengan kata-kata kesat oleh penyokong kedua-dua pasukan sepanjang perlawanan tetapi juga terpaksa dikawal pegawai keselamatan untuk keluar padang selepas tamat perlawanan yang berkesudahan dengan tuan rumah menang 3-1.

Walaupun jurulatih Kelantan, M Karathu dan pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim enggan memberi sebarang komen mengenai mutu pengadilan, ramai penyokong kedua-dua pasukan tidak puas hati dengan kebanyakan keputusan yang dibuat pengadil terbabit.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang turut hadir menyaksikan perlawanan berkata, pengadil gagal mengawal perlawanan dengan baik.

“Perlawanan antara dua negeri berjiran ini sudah lama diketahui sebagai perlawanan panas dan memerlukan pengadil yang mampu mengawal perlawanan dengan baik supaya tidak timbul masalah lebih besar.

“Namun, pengadil ini tidak konsisten dalam menjalankan tugasnya dan dilihat menghukum pemain yang tidak besar kesalahannya dan melepaskan pemain yang melakukan kesalahan besar.

“Sepatutnya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar pengadil yang jauh lebih matang dan berpengalaman supaya permainan dapat dikawal dengan lebih sempurna,” katanya yang berharap mutu pengadilan lebih berkualiti dipamerkan pada perlawanan suku akhir kedua di Kota Bharu, Jumaat ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang turut berada di stadium berkata, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan aspek perlawanan termasuk mutu pengadilan berhak mengemukakan aduan kepada persatuan itu. [Hmetro]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: