MP: Kenapa Takut Hingga Hantar Pulang Peguam Perancis?


Malaysiakini

Ahli parlimen Batu, Tian Chua mempersoalkan tindakan kerajaan yang “seolah-olah begitu takut” dengan perbicaraaan satu kes rasuah di Perancis melibatkan komisyen pembelian kapal selam Scorpene.

Hinggakan, katanyha, kerajaan Malaysia telah menahan dan menghantar pulang seorang peguam Perancis yang menangani kes berkenaan ke negara asalnya Julai lalu.

Sedangkan, peguam William Bourdon hanya berada di negara ini untuk menghadiri satu majlis mengutip dana untuk membiaya perbicaraan kes tersebut.

“Saya tak tahu apa yang kerajaan takut sangat. Saya agak, sebagai seorang profesional, dia tidak akan dedahkan maklumat yang belum disahkan di mahkamah.

“Apa yang ditakutkan Malaysia hingga beliau ditahan dan dihantar keluar daripada Malaysia?

“(Tindakan tersebut) tunjukkan Malaysia takut dengan kes ini, seolah-olah ada perkara yang hendak disembunyikan,” katanya di bangunan parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu jawapan bertulis oleh menteri dalam negeri di parlimen yang menyebut, tindakan itu diambil atas Bourdon kerana peguam hak asasi tersebut telah melanggar syarat pas lawatan sosial.

Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, menurut jawapan bertarikh 11 Oktober itu lagi.

“Mana-mana orang yang tanpa alasan yang munasabah melanggar atau gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan kaitan dengan, atau arahan yang diendors di atas mana-mana pas, permit atau pas sempadan, adalah melakukan kesalahan terhadap peraturan ini.”

Bourdon berdepan dengan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali atas kesalahan tersebut.

Menteri dalam negeri juga menepis soalan yang dikemukakan Tian bahawa beliau telah memberi kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan ketua pengarah imigresen berhubung kes berkenaan sebelum ini.

“Perkara yang dinyatakan menteri dalam negeri dan ketua pengarah imigresen adalah mempunyai maksud yang sama dan berlaku kekeliruan oleh laporan akhbar tersebut,” jawapan itu dipetik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: