Ramalan tarikh kematian sendiri tepat


LAMAN Twitter Mikey Welsh yangmeramalkan kematiannya.

 

CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) – Ramalan bekas pemain gitar bes kumpulan rock Weezer, Mikey Welsh bahawa dia bakal menemui ajal pada 9 Oktober lalu menjadi kenyataan apabila dia itu ditemui mati di bilik hotel penginapannya kelmarin, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Welsh meninggal dunia dipercayai kerana mengambil dadah secara berlebihan pada usia 40 tahun. Dia menginap di hotel berkenaan di sini kerana mahu menonton persembahan Weezer.

Selebriti itu meramalkan dengan tepat lokasi dan masa kematiannya di laman perkongsian sosial, Twitter pada 26 September lalu.

“Saya bermimpi saya mati di Chicago pada hujung minggu depan kerana diserang sakit jantung semasa tidur. Saya perlu menulis wasiat saya sekarang,” kata Welsh dalam akaun Twitter miliknya.

Kemudian dia berkata: “Pembetulan, saya akan mati pada hujung minggu satu lagi.”

Selain ramalan tepat itu, pemuzik berkenaan turut membuat beberapa ramalan berhubung peristiwa yang akan berlaku dalam akaun Facebooknya. – Agensi [Kosmo]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: