Singkir MB cerita mengarut- KEADILAN Selangor


KUALA LUMPUR: Desas desus mengatakan hubungan antara Adun Selangor dengan Menteri Besarnya semakin rapuh merupakan cerita mengarut dan tidak berasas, kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Beliau merujuk laporan portal berita Antarapos.com, kononnya terdapat kumpulan wakil rakyat parti itu yang mendesak pimpinan parti memecat Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kata Shuhaimi, hubungan antara Adun Selangor dengan Khalid I bukan sahaja baik, malah mereka juga menyatakan sokongan dan ikrar taat setia untuk mempertahankan Khalid sebagai MB Selangor.

“Kita akan mempertahankan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor sehingga selesai term (tempoh) lima tahun, sehingga parlimen dibubarkan atau DUN dibubarkan.

“Kita akan mempertahankan beliau habis-habisan kerana beliau pemimpin yang begitu transparen, berkualiti dan bertanggungjawab.

“Di peringkat Majlis Pimpinan Negeri Selangor, kita akan bersama dengan Tan Sri Khalid untuk mendepani rakyat, membawa isu rakyat dan memastikan BN terus kempunan untuk mengambil alih Selangor,” tegasnya.

Menyifatkan laporan Antarapos itu sebagai tidak berasas, beliau juga mengingatkan isu itu sengaja  direka bagi mengadu domba KEADILAN serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

“Ini lebih kepada adu domba dan perang saraf yang dilakukan oleh pihak musuh politik (Umno),”ujarnya yang juga Adun Seri Muda.

Beliau turut menafikan bahawa  Adun Pakatan di Selangor tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid, sebaliknya berkata  dari segi standard pengurusan, Khalid lebih baik berbanding menteri pusat dan menteri-menteri besar BN yang lain.

“Prestasi Tan Sri Khalid tidak ada cacat celanya. Dari segi pengurusan kerajaan negeri, standardnya lebih baik daripada menteri di peringkat pusat dan MB dari BN. Standardnya mencecah antarabangsa, dari segi ketelusannya, kecekapan dan kebertanggungjawaban.

“Sebagai sebuah organisasi, sudah pasti ada pro dan kontra dalam pentadbiran, tetapi kita ambil pendekatan secara bersama untuk semua isu, memantapkan pengurusan bagi memastikan pentadbiran mencakupi semua keperluan rakyat,”

“Bukan mudah menjadi Tan Sri Khalid Ibrahim,” katanya.

Ketika ditanya tentang memorandum yang dikatakan dihantar oleh wakil Rakyat KEADILAN Selangor kepada Ketua Umum KEADILAN,  Datuk Seri Anwar Ibrahim  berhubung isu itu, Shuhaimi berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

“KEADILAN amalkan budaya bercakap secara imliah di dalam bilik mesyuarat. Sebarang cakap-cakap di luar itu kita tidak ambil kira.

“Kita tak mahu dengar cerita kedai kopi yang remeh temeh,” tambah beliau.

Dari Keadilandaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: