Pakar: Anwar Masih Mengalami Sakit Belakang


Malaysiakini

Pakar tulang belakang Belanda, Dr Thomas Hoogland yang telah melakukan pembedahan pada belakang Anwar pada tahun 2004, telah dipanggil sebagai saksi.

Dr Hoogland memberitahu mahkamah bahawa beliau telah melakukan 14,000 pembedahan tulang belakang.

Beliau telah menulis lima buah buku mengenai pembedahan tulang belakang. Beliau adalah ahli Persatuan Orthapaedik Jerman.

Hoogland kemudiannya menerangkan mengenai bahagian lumbar tulang belakang dan fungsinya.

Beliau menjelaskan bahawa cakera yang tergelincir menyebabkan kesakitan di belakang. Ia boleh menyebabkan banyak masalah, terutama apabila berdiri.

Hoogland menggunakan imej komputer yang dipasang pada skrin putih untuk menjelaskannya dari kandang saksi.

Beliau menjelaskan bahawa stepnosis adalah merupakan penyempitan terusan di tulang belakang.

NONE10.17am: Hoogland (kiri) berkata beliau bertemu dengan Anwar pada bulan April 2001, ketika Anwar berada di penjara di bawah pengawasan polis.

Dia bertemu dengannya sekali lagi pada September 2004, selepas Anwar dibebaskan.

Menurutnya, Anwar tiba di Klinik Alpha di Munich, Jerman dan membuat keputusan untuk menjalani pembedahan.”

10:19am: Saksi itu berkata beliau menyediakan laporan pembedahan Anwar dan memberikan Anwar satu salinan laporan itu atas permintaannya.

10:21am: Katanya, Anwar mengalami lumbar sclerosis, yang memberi kesan kepada kali dan tangan pesakit.

“Secara khususnya, pada kaki kiri, berikutan masalah lama pada leher.”

Hoogland berkata beliau telah bertemu dengan Anwar pada 4 September 2004, dan Anwar mengadu dipukul ketika dalam tahanan polis enam tahun sebelumnya.
10:24am: Saksi itu berkata semakin lama saraf terganggu, semakin besar kemungkinan ia akan menyebabkan kehilangan fungsi berikutnya.

10:30am: Anwar mempunyai masalah membongkok ke hadapan dan dengan pergerakan tulang belakang.

NONE10:32am: Hoogland berkata berdasarkan pada sistem itu, beliau membuat diagnosis lateral stonosis, yang akan mengecilkan saluran tulang belakang.

10:36am: Menurutnya, Anwar berada di hospital selama tiga minggu, dari 6 September hingga 27 September 2004.

“Tidak ada komplikasi.”

10:43am: Anwar, bagaimanapun, kesakitan pada sebelah kiri.

10:43am: Hoogland ditanya sama ada masalah itu akan berulang, di mana beliau menjawab kadar berulang adalah 5 hingga 20 peratus.

“Mengenai sclerosis, ianya adalah 15 peratus.”

10:47am: Hoogland berkata, kemerosotan tulang bukanlah satu proses semula jadi, tetapi ia adalah perkara biasa.

10:50am: laporan perubatan Hoogland ditandakan sebagai bahan bukti. Hoogland menerangkan mengenai pembedahan yang dilakukan ke atas Anwar pada 6 September 2004.

10:56am: laporan pembedahan Hoogland ditandakan sebagai bahan bukti.

11:00am: Hoogland berkata cakera lumbar keempat dan kelima Anwar telah sembuh, tidak seperti sebelum ini pada tahun 2001.

11:02am: Peguam Sankara meminta untuk rihat sekejab dan hakim membenarkannya.

11:45am: Perbicaraan disambung.

11:46am: Hoogland berkata, tiga bulan selepas pembedahan, Anwar pergi sekali lagi ke kliniknya di Munich pada bulan Februari 2005.

NONESaksi itu berkata pada 7 Februari, beliau melakukan pemeriksaan dan ia menunjukkan bahawa Anwar masih sekali sekala mengalami sakit belakang.

11.50am: Katanya, terdapat peningkatan yang ketara dalam keadaan Anwar sebelum pembedahan, tetapi tidak banyak berubah selepas beliau keluar dari hospital pada 24 September 2004.

“Otot belakang adalah penting untuk mengawal pergerakan belakang.”

11:54am: Hoogland berkata, beliau telah merawat ramai pesakit Islam dari negara-negara Timur Tengah, dan solat selalunya menjadi isu.

“Saya menasihatkan Anwar untuk solat, dengan melakukannya secara berhati-hati dan perlahan-lahan.

“Anda boleh bengkok ke hadapan dengan cepat tetapi apabila anda kembali, lakukannya dengan sangat perlahan-lahan (bergerak kembali tegak dan berdiri).”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: