Mansuh ISA: Najib Gagal Umum Tarikh


Keadilan Daily

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih gagal mengumumkan tarikh sebenar untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dia (Najib) umumkan untuk mansuhkan Akta ISA, tapi tidak nyatakan tarikh sebenar, dalam masa sama pula bercadang untuk bentangkan dua akta baru yang saya yakin tetap zalim.

“Kalau pun diperkenalkan, ia dengan adalah dua undang-undang yang keras. Tiada tanda jelas mengapa dia mahu mansuh ISA, tapi masih tak membenarkan aktiviti dan fungsi parti politik, dan tiada akses kepada media arus perdana,” kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang) dan ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke.

Kerajaan hari ini hanya membentangkan usul bagi rang undang-undang memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959.

“Adakah ini yang dikatakan reformasi demokratik. Jawapan saya – Tidak,” tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Dalam pada itu, Anwar turut memberi amaran kepada Najib supaya jangan berhelah dengan melengah-lengahkan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) kerana Pakatan Rakyat telah menyatakan komitmen penyertaan.

“Kita minta pengakuan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan tanggungawab dengan segera.

“Pendirian Pakatan Rakyat bersepakat untuk beri laluan dan bekerjasama. Jadi, jangan jadikan helah dan alasan untuk melengahkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC), mengenepikan tuntutan Bersih dan rakyat Malaysia.” tegasnya

Beliau turut menamakan tiga wakil Pakatan Rakyat di dalam PSC iaitu Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: