Halang qazaf, bertentangan prinsip Islam- bekas mufti


SHAH ALAM: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan melaksanakan prinsip Islam bertentangan dengan realiti sebenar pentadbirannya, kata Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya.

Sebagai contoh katanya, jika seseorang mendakwa dianiaya dan membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah, kerajaan sepatutnya membenarkan dan bukannya menolak kes itu ke mahkamah sivil.

“Menghalang kes Qazaf dibicara di mahkamah Syariah bermaksud menafikan peranan mahkamah syariah itu sendiri.

“Saya sebut ini tidak semestinya merujuk kepada kes Qazaf individu tertentu, tetapi persoalan penting dalam isu ini ialah menafikan peranan mahkamah syariah bertentangan dengan prinsip Maqasid Syariah (dalam Islam),” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Najib pada 25 September lalu yang menyatakan kerajaan mengambil kira prinsip Maqasid Syariah dalam Islam iaitu matlamat untuk mempertahan Agama, nyawa, maruah, akhlak dan harta benda.

Najib menjelaskan demikian ketika menegaskan kerajaan menolak hukum hudud semasa merasmikan karnival 1Malaysia di Batu Tualang, Batu Gajah Perak.

Mengulas lanjut, Hashim berkata, prinsip Maqasid syariah tidak seharusnya menjadi sekadar ungkapan, tetapi harus dibuktikan melalui pelaksanaan.

“Dalam konteks Malaysia, Najib sepatutnya mengamalkan Islam dalam seluruh kepimpinannya,” katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak menghalang kes Qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya pengadu dalam kes fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonan untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat Ketua pembangkang itu.

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden – pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Keadilandaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: