Berbaloi Tunggu Kurma 30 Tahun


ALOR GAJAH: Kesabaran seorang lelaki warga emas di Kampung Jelatang, dekat sini, menanti pokok kurma yang ditanam sejak lebih 30 tahun lalu berbaloi apabila tanaman itu mula mengeluarkan buah.

Hashim Sulaiman, 71, berkata, pokok kurma itu ditanam berpasangan sejak 30 tahun lalu kerana dia teringin melihat hasilnya, namun tidak meletakkan sebarang harapan tinggi.

“Ini disebabkan beberapa faktor yang menghalang pokok kurma berkenaan hidup subur dan berbuah dengan baik di negara ini berikutan faktor cuaca yang tidak menentu dan kurang bersesuaian.

“Saya tanam pokok ini (kurma) dengan niat hendak menunjukkan kepada anak cucu buah kurma yang segar kebiasaannya mudah didapati di negara Arab, tetapi saya tidak mengharap apa-apa dan kalau ia hidup pun saya sudah bersyukur,” katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Menurut Hashim, pada mulanya dia langsung tidak percaya dengan apa yang dilihat ketika itu kerana hampir terlupa dengan kewujudan pokok itu dan menganggap ada hikmah di sebaliknya.

Sementara itu, menantunya, Riat Osman, 39, turut terkejut selepas dimaklumkan bapa mentuanya bahawa pokok kurma yang ditanam 30 tahun lalu telah berbuah dengan lebatnya.

“Saya sangka mentua bergurau kerana sebelum ini saya tidak pernah mendengar kurma boleh berbuah di sini namun selepas melihat sendiri barulah saya percaya,” katanya. [Hmetro]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: