Misteri Larangan Siar ‘Siasat’ Edisi Cina ntv7


Dari Malaysiakini

Sebuah episod program halehwal semasa ‘Siasat’ edisi Cina stesen ntv7 milik Media Prima yang disiarkan setiap hari Khamis, telah dilarang disiarkan malam tadi.

Tiada penjelasan yang diberikan berhubung keputusan mengejut untuk tidak menyiarkan episod tersebut, yang bertajuk “Saya mahu ke sekolah”.

ntv7 siasat programme banned 230911 04Sebaliknya ia digantikan dengan siaran semula episod lama siri ‘Siasat’ selama 30 minit yang disiarkan pada jam 11.30 malam setiap hari Khamis.

Pasukan produksi ‘Siasat’ mengumumkan perubahan siaran di halaman Facebooknya malam tadi, tanpa memberi apa-apa penjelasan.

Beberapa pengunjung Facebook mengesyaki ia disebabkan campurtangan politik atau kawalan media.

Sumber ntv7 memberitahu Malaysiakini pasukan produksi itu menerima arahan dari ‘pihak tertinggi’ stesen TV tersebut pada hari Rabu, bahawa dokumentari “Saya mahu ke sekolah” itu tidak perlu disiarkan.

Mereka tidak memberi sebarang alasan, tambah sumber itu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: