Kejayaan Selangor Bukti Pakatan Lebih Baik Dari BN


KUALA LUMPUR, 23 Sept:Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang berjaya menambah simpanan tunai kerajaan negeri sebanyak RM1.1 bilion, dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun.

“Pencapaian ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah selama 3 tahun ini lebih baik daripada kerajaan di bawah Barisan Nasional yang telah memerintah puluhan tahun lamanya,” kata Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Katanya, meskipun diserang oleh media arus perdana dan kerajaan Umno BN, kerajaan Pakatan Rakyat terus unggul dengan mencipta pelbagai kejayaan yang menguntungkan kerajaan negeri dan rakyat.

DPPWP, ujarnya percaya kejayaan itu diperolehi hasil daripada titik peluh, kesabaran, serta komitmen pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang berusaha dan berjuang demi rakyat, bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Katanya, kejayaan itu juga membuktikan bahawa pengurusan yang cekap, telus dan amanah mampu memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negeri sementara ketirisan, pemborosan serta kepimpinan yang tidak amanah dan cekap merugikan kerajaan dan negara.

Selain itu, katanya pembangunan yang berteraskan kebajikan di atas dasar ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ berjaya membuktikan bahawa agenda mengutamakan kebajikan rakyat tidak merugikan negeri.

“Malah agenda kebajikan inilah yang membawa pulangan serta keuntungan berlipat kali ganda kepada negeri,” ujarnya.

Justeru, katanya DPPWP menyeru agar kerajaan negeri-negeri lain mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajaan Paktan Rakyat Negeri Selangor dengan pelbagai insentif khusus buat rakyat di negeri masing-masing.

Akhir sekali, katanya lagi DPPWP mengharapkan agar program penerangan di negeri Selangor dipertingkatkan agar rakyat keseluruhannya mengetahui kejayaan yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Tambahnya, DPPWP bimbang, program penerangan tidak sampai ke akar umbi yang menyebabkan rakyat tidak mendapat maklumat sebenar apa yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor selama 3 tahun ini.

“Semoga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus diberi kepercayaan untuk meneraju pentadbiran negeri selepas PRU ke 13 nanti. Teruskan kerajaan Selangor di dalam membela kebajikan rakyat!” katanya.

Harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: