Foto 14 Tahun Lalu Sebelum Mereka Berkahwin, Mereka Pernah Bertemu


Satu pasangan suami isteri yang telah berkahwin selama 20 tahun terkejut apabila menemui foto bercuti lama semasa mereka di zaman kanak-kanak – 14 tahun sebelum mereka bertemu.

Gambar hitam dan putih yang diambil pada hari cuti Butlins tahun 1965 menunjukkan Mandy Knaggs ketika berusia empat tahun mengerling ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang kemudiannya menjadi pasangannya.

Suaminya, Ray, yang juga berusia empat tahun pada masa itu, adalah seorang kanak-kanak misteri yang muncul di dalam gambar yang diambil oleh orang tua Mandy.


Kejadian kebetulan ini menjadi lebih luar biasa apabila pasangan ini yang hanya tinggal tidak berjauhan di Billingham, Teesside, mendapati mereka hanya becuti di Filey pada satu masa yang sama – itulah kali pertama dan terakhir keluarga Ray melawat tempat percutian itu.

Walaupun hanya beberapa meter jarak antara mereka di dalam foto tersebut, Mandy tidak pernah bertemu Ray sehinggalah lebih dari satu dekad kemudian.

Takdir akhirnya berlalu, Mandy dan Ray menjadi remaja dan bertemu pada tahun 1979 – ketika mereka tinggal lebih berhampiran di Billingham – dan akhirnya pasangan itu berkahwin pada tahun 1985 dan kini memiliki lima anak.

‘Selama bertahun-tahun kami hanyalah kanak-kanak yang tinggal berdekatan, tetapi kami pergi ke sekolah yang berbeza,” kata Mandy, yang bekerja di farmasi Billchem.

“Saya tidak ingat sempena hari cuti apa pada hari itu. Ibu atau ayah yang mengambil gambar, dan kami hampir tiada di dalamnya. Anda hanya boleh melihat kepala saya dan adik saya Julie dan Ray tepat di depan foto.”

“Ini lebih kepada fotonya dari saya! Dia tidak memandang kamera tetapi anda boleh mengenalinya. Dia memiliki gaya rambut keanak-anakkan yang selekeh, semua rambutnya turun di hadapan.”


Selama bertahun-tahun selepas mereka berkahwin, foto kanak-kanak mereka di Butlins disimpan rapi – kebetulan yang luar biasa ini terus tersimpan – hingga pada satu hari ketika pasangan itu berkongsi foto-foto lama mereka.

Mandy yang masih ingat saat itu mengatakan: “Oh tuhan, ia terkejut ketika ia melihatnya. Dia memandang gambar itu dan berkata, “Itu aku! Aku ketika empat tahun!”
Dia terus berkata,” Bagaimana kebetulan ini terjadi? “ Ray percaya pada hal-hal rohani, tetapi aku tidak percaya tentang nasib. Tapi yang pasti dia (Ray) di sana.

Anak-anak pasangan itu, Louise, 23, Mark, 20, Jessica, 18, dan si kembar 16 tahun Ashleigh dan Liam, semuanya bersetuju ini kisah yang luar biasa.

Foto Butlins menjadi satu tajuk perbualan sekali lagi minggu lepas selepas Ray, yang bekerja di NETA Training di Stockton, sedang menyediakan buku skrap foto kehidupan Mandy sempena ulangtahun hari jadi ke-50.

Pulakdah

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: