Berebut Kereta Lelong JPJ


ABDUL GHANI (depan) memeriksa Toyota Hilux yang dilelong pada harga RM15,900 di Ibu Pejabat JPJ di Kota Bharu semalam.

 

KOTA BHARU – Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang harga lelongannya bermula dengan RM5,000 menjadi rebutan tiga pembida sehingga akhirnya dijual pada harga RM15,900.

Suasana riuh dan ‘perang harga’ itu berlaku antara tiga pembida yang cuba mendapatkan kenderaan tersebut pada majlis lelongan kenderaan yang berlangsung di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dekat sini semalam.

Toyota Hilux yang tidak boleh didaftarkan itu adalah antara 25 kenderaan pelbagai jenis termasuk 10 motosikal dan dua lori kecil yang disita kerana pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pengarah JPJ Kelantan, Abdul Ghani Che Kassim berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 kenderaan boleh didaftarkan manakala 13 kenderaan lagi tidak boleh dilesenkan.

Menurutnya, bagi kenderaan yang tidak boleh dilesenkan, hanya pembida yang mempunyai lesen barangan lusuh boleh membelinya.

“Kenderaan terbabit dilelong selepas pemiliknya gagal menuntut kenderaan masing-masing dalam tempoh selepas empat bulan dan JPJ memperoleh RM32,900 daripada lelongan ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Abdul Ghani berkata, harga kenderaan yang paling rendah dilelong ialah sebuah motosikal berharga hanya RM50.[Kosmo]

Satu Respons to “Berebut Kereta Lelong JPJ”

  1. sistem boddoh… kena tipu lagi org melayu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: