Pengakuan PM Bangladesh: Anwar Minta Siasatan, Penjelasan Najib


Dari Keadilandaily

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa siasatan terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh bahawa rakyatnya memperoleh kerakyatan Malaysia dan layak mengundi.

“Kita minta pengesahan lanjut kerana keterangan itu dari laman web kerajaan Bangladesh, inikan aneh.

“Saya anggap kecurangan, ini isu nasional. Bagaimana boleh sebuah negara yang kononnya yang begitu cekap dan canggih dengan kemudahannya mengizinkan pemalsuan terang-terangan,” kata Anwar.

Cetakan (print screen) semalam yang kini dipadamkan

Ketua Pembangkang itu berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu berlaku ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat supaya lebih patriotik dan menjaga keamanan bersama.

Turut menyemak laman web berkenaan selepas pendedahanKeadilan Daily, Anwar berkata:

“Saya ikuti website (laman web) kerajaan Bangladesh malam tadi (17 September), benar atau tidak rakyat Bangladesh yang diberi izin mengundi di Malaysia. Itu kenyataan Perdana Menteri Bangladesh. Ini dakwaan serius,” katanya.

Bagaimanapun, semakan Keadilan Daily pada jam 7 malam ini mendapati pengakuan itu dipadamkan dari laman web berkenaan atas sebab yang tidak diketahui.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: