My Proton MakeOver-Proton Saga 1992 Talaan R3 Telah Siap & Diserahkan Semula


Fadly Hisham Roplay (left) and family, Tengku Djan, Datuk Razak & John Chacko with R3 team. with their madeover car.

Saga 1992 R3 1 My Proton MakeOver Proton Saga 1992 Talaan R3 Telah Siap Dan Diserahkan Kembali!Setelah sabar menunggu dalam penuh debaran, akhirnya saudara Fadly Hisham Roplay telah menerima semula Proton Saga 1992 miliknya, tetapi kali ini kereta kesayangannya itu telah berwajah baru hasil sentuhan divisyen permotoran Proton R3. Majlis penyerahan Saga 1992 R3 itu telah berlangsung untuk meraikan pemenang pertama program “My Proton Makover” yang diadakan melalui pertandingan Very Important Proton (VIP).

Saga 1992 R3 2 My Proton MakeOver Proton Saga 1992 Talaan R3 Telah Siap Dan Diserahkan Kembali!Melihat kepada gambar-gambar tersebut, bahagian interior paling menarik apabila dashboard lama Saga telah digantikan dengan dashboard baru dari model Saga LMSTyang dikeluarkan pada tahun 2003-2008. Bahagian luaran juga menerima sentuhan lebih kemas, terutama sekali penggunaan sport rim R3 bersama sistem gantungan berprofail rendah menjadikan penampilan visualnya cukup sporty dan mantap.

Saga 1992 R3 3 My Proton MakeOver Proton Saga 1992 Talaan R3 Telah Siap Dan Diserahkan Kembali!Walaupun program ‘overhaulin’ yang dilakukan R3 masih belum menyeluruh apabila tidak melibatkan pertukaran enjin baru, hasil yang dilakukan tetap memuaskan. Bayangkan kalau Saga 1992 milik juruteknik Fadly Hisham Roplay memiliki jantung baru berupa sebuah enjin CamPro CPS 1.6 yang ditala khas oleh R3, pastinya sangat hebat.

Saga 1992 R3 4 My Proton MakeOver Proton Saga 1992 Talaan R3 Telah Siap Dan Diserahkan Kembali!Kepada pemilik-pemilik kereta Proton yang berminat, masih ada lima lagi kereta yang akan ditala oleh R3 dalam program “My Proton Makeover”, apa yang perlu anda lakukannya hanya layari http://www.protonvip.com/ ceritakan pengalaman ketika bersama kereta Proton kesayangan anda dan bagaimana ianya memberikan kesan besar dalam hidup anda.

Saga 1992 R3 6 My Proton MakeOver Proton Saga 1992 Talaan R3 Telah Siap Dan Diserahkan Kembali!Pihak Proton akan memilih cerita terbaik dan anda mungkin pemenang seterusnya. Tarikh tamat penyertaan pada 28 Disember 2011.Apa pandangan anda mengenaiProton Makeover Saga R3 ini?

Sumber: beritasemasa.com

3 Respons to “My Proton MakeOver-Proton Saga 1992 Talaan R3 Telah Siap & Diserahkan Semula”

  1. eddysaifulnizam bin mohd zameri Says:

    best2….nk masuk gak contest ni….cmne ehhh…

  2. assalamulaikum…saya nak cari dashbord proton saga LMTS..harga di pasaran brpe ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: