3 Rakyat Malaysia korban Bom Golok


KEJADIAN letupan bom juga berlaku berhampiran Hotel Merlin, Sungai Golok, selatan Thailand kelmarin

SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand) – Tiga termasuk seorang budak lelaki berusia tiga tahun terbunuh manakala 11 rakyat negara ini cedera dalam tiga siri kejadian letupan bom di bandar ini malam kelmarin.

Kejadian pada pukul 7.30 malam (waktu tempatan) itu turut mengorbankan seorang pemuda warga Thailand yang berusia 38 tahun.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila tiga butir bom yang dipasang pada dua motosikal dan sebuah kereta dikatakan meletup menyebabkan hampir 60 rakyat Thailand turut cedera.

Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok, Rosdi Che Omar berkata, tiga buah kenderaan yang dipasang bom itu diletakkan di sebatang jalan sepanjang 700 meter yang menempatkan tiga buah hotel terkenal di bandar ini.

“Bom pertama yang dipasang pada sebuah motosikal meletup berhampiran Hotel Tara dan mencederakan ramai orang awam tetapi tiada kematian dilaporkan.

“Bom kedua (dipasang pada sebuah motosikal) pula meletup lima minit kemudian berhampiran Hotel Marina dan mengorbankan seorang warga Malaysia, Foong Foo Keh, 43, dan seorang warga Thailand,” katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Golok di sini semalam.

Lokasi Hotel Marina terletak kira-kira 400 meter dari Hotel Tara.

Menurut beliau, kira-kira lima minit kemudian, bom ketiga yang dipasang pada sebuah kereta Mitsubishi Lancer berhampiran Hotel Merlin pula meletup.

Letupan itu menyebabkan seorang lelaki rakyat Malaysia, Wong Hong Yep, 64, dan cucunya, Wong Kai Sien, 3, dari Kota Bharu Kelantan maut.[KOSMO]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: