Naik Gaji Guru RM200 Untuk Kaburi Mata Rakyat


KUALA LUMPUR, 15 Sept: Kerajaan BN dijangka akan mengumumkan insentif baru dalam masa terdekat berupa pengumuman kenaikan gaji guru sebanyak RM200 sebulan, bagi mengelaburi mata rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Insentif tersebut dijangka akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menggambarkan kepada rakyat kononnya Kerajaan BN adalah kerajaan yang prihatin dengan permasalahan rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, selain itu, Kerajaan BN dijangka akan turut mengumumkan beberapa insentif lain kepada orang ramai menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, bagi mengimbangi janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga.

Menurut beliau, beberapa hari lalu, Perdana Menteri telah membayangkan tindakan Kerajaan BN untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan janji untuk mengkaji semula akta itu, sesuai dengan keadaan semasa dan kehendak rakyat.

Katanya, selain akta itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam kenyataannya sebelum itu turut menjelaskan langkah Kerajaan BN untuk turut mengkaji beberapa akta lain termasuk undang-undang yang berkaitan dengan ISA.

“Kesemua tindakan Kerajaan BN itu sebenarnya jelas meniru langkah yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat jika diberikan mandat memerintah negara seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

“Malah di dalam buku Jingga, jika diberikan mandat memerintah negara oleh orang ramai pada PRU Ke-13 ini, Pakatan Rakyat bukan berjanji akan menaikkan gaji guru sebanyak RM200, tetapi sebanyak RM500 sebulan,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam buku Jingga juga, menurut beliau, turut ditegaskan langkah yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat jika diberikan mandat memerintah negara yang bukan sahaja akan memansuhkan ISA, tetapi kesemua akta-akta zalim yang dilaksanakan di negara kita sekarang.

“Jadi langkah yang dibuat oleh Kerajaan BN sekarang jelas meniru Buku Jingga walaupun tidak kesemuanya. Menjelang PRU Ke-13, saya yakin banyak lagi langkah-langkah yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat seperti yang dijelaskan di dalam Buku Jingga akan ditiru oleh Umno BN,” katanya.

Dengan itu, tegas beliau, orang ramai boleh menilai sendiri kehebatan, kejujujuran dan keprihatinan Pakatan Rakyat terhadap rakyat berbanding BN, apabila kesemua tindakan yang dilakukan oleh Kerajaaan BN berhubung perkara itu amat diragui dari segi keikhlasan para pemimpinnya, sehingga jelas kelihatan seperti ada muslihat di sebaliknya.

Sehubungan itu, beliau yakin PRU Ke-13 nanti merupakan satu pertembungan yang sengit antara Pakatan Rakyat dan BN, apabila kecenderungan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat kini semakin ketara berbanding BN.

“Disebabkan terdesak, Kerajaan BN pimpinan Najib pasti akan berusaha menarik sokongan orang ramai dengan pelbagai cara, termasuk dengan menjanjikan pelbagai insentif kepada rakyat dengan mengambil contoh dari Buku Jingga, walaupun janji-janji yang dibuat oleh Perdana Menteri itu ternyata meragukan,” ujar beliau.

Harakahdaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: