Kenyataan Media Pakatan Rakyat,15 September 2011


KENYATAAN MEDIA

 

 
Jawatankuasa Bajet Alternatif  Pakatan Rakyat  di dalam mesyuaratnya pada 15hb. September, 2011 telah memutus dan mengambil ketetapan bahawa:

a)            Langkah kerajaan BN untuk mengiktiraf 16hb Sept sebagai Hari Malaysia esok (itupun  hanya selepas 48 tahun ianya berlaku!) adalah kerana tekanan bertalu-talu dari berbagai kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah Pilihanraya 2008.

Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak berbelah-bagi untuk menghormati       serta mengangkat martabat Negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia melalui Desentralisasi Fiskal  seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga (halaman 31), sebagai contoh, menjamin royalty sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.

b)            Sebagai memperingati hari ulangtahun Dato Seri Najib Tun Razak mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan dari Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tiga tahun tahun lalu. Untuk makluman awam, pada 17hb September 2008, Dato Seri Najib telah menemui PM ketika itu untuk memberi tekanan lanjut kepada Dato Seri Abdullah untuk menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan tersebut kepadanya.

Pakatan Rakyat ingin memperingati peristiwa tersebut kerana sepanjang 3 tahun kebelakangan ini semenjak Dato Seri Najib mengambil-alih  jawatan tersebut:

i)          Kementerian Kewangan di bawah pimpinan beliau telah tidak berjaya untuk melaksanakan agenda reformasi mengangkat keluar ekonomi Negara dari perangkap negara berpendapatan pertengahan iaitu Model Ekonomi Baru yang dicanang-canangkannya.

ii)         Menteri Kewangan juga kerapkali berdolak-dalik di dalam membuat keputusannya yang mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit seperti kegagalan polisi penggunaan teknologi nano untuk melabel  minyak. Yang terakhir sekali, cukai 6% untuk telefon prabayar.

Ketidakseimbangan ekonomi juga semakin  meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan kadar inflasi yang semakin tinggi.

Pakatan Rakyat juga turut sedia maklum bahawa DS Najib ketika ini sedang bergelut keseorangan mempertahan kedudukannya di dalam kabinet dan juga UMNO.

Sekiranya kita menggunakan analogi korporat, tidak akan berlaku seseorang Ketua Pegawai Eksekutif tersebut menjadi Ketua Pegawai Kewangannya juga. Oleh yang demikian, untuk seseorang PM turut juga menjadi Menteri Kewangan adalah sesuatu yang amat janggal dimana-mana negara pun di dunia dan menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang baik .

Oleh yang demikian, di dalam semangat menghormati Hari Malaysia ini, Pakatan Rakyat dengan ini menyarankan agar Dato Seri Najib mengambil sendiri nasihat yang diberikannay kepada DS Abdullah Badawi dahulu dan melantik seorang penyokong yang masih dipercayainya  untuk mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan tersebut sebelum keadaan ekonomi kita merudum lebih jauh.

DIKELUARKAN BAGI PIHAK SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT
Oleh wakil-wakil parti:

 YB DR. DZULKEFLY AHMAD, Ahli Jawatankuasa Pusat
Parti Islam SeMalaysia
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bajet Alternatif PR

YB LIEW CHIN TONG, Setiausaha, Hal-ehwal Antarabangsa
Democratic Action Party

YB R. SIVARASA, Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pusat
Parti Keadilan Rakyat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: