Cukai Perkhidmatan 6%: Golongan Muda Terus Dibebankan


KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
9 September 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kesal dengan keputusan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus (6%) ke atas pembelian tambah-nilai prabayar dan pek atau kad SIM yang bakal berkuatkuasa pada 15 September ini.

Ini bererti, pengguna yang membeli tambah-nilai prabayar bernilai RM10 selepas ini terpaksa membayar RM10.60, iaitu dengan kos tambahan sebanyak 60 sen.

Alasan syarikat telekomunikasi bahawa caj tambahan sebanyak 6% ini merupakan ‘cukai perbelanjaan’ adalah tidak bertanggungjawab kerana ianya secara langsung telah menambahkan beban pengguna terutamanya golongan muda, pelajar universiti, pekerja kilang dan rakyat berpendapatan rendah.

AMK difahamkan bahawa peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) telah merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011. Nilai keuntungan ini meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu dan dijangka akan mencatatkan keuntungan berlipatganda untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2011 kesan dari pelaksanaan ‘cukai perbelanjaan’ ini.

Pelaksanaan cukai ini membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak serius dalam mengurangkan bebanan rakyat dan ini jelas bertentangan dengan prinsip pentadbiran kerajaan yang kononnya “mendahulukan rakyat”. Kerajaan juga kini dilihat hanya bertindak “mendahulukan” syarikat-syarikat korporat dalam banyak hal dan ini terbukti menerusi pembiayaan subsidi dengan jumlah besar kepada syarikat-syarikat penjana kuasa bebas (IPP).

Justeru, AMK dengan ini mendesak pihak kerajaan dan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia supaya mengkaji dan membatalkan semula keputusan ini dengan mengambilkira jumlah keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sebelum ini serta bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

SHAMSUL ISKANDAR MD. AKIN
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

Satu Respons to “Cukai Perkhidmatan 6%: Golongan Muda Terus Dibebankan”

  1. tp yg kawe pelik…org umno ni.wpon kerajaan dok buli dorg..masih sokong lagi..seolah mcm kena cucuk idong..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: