Penduduk panik gempa bumi landa Amerika Syarikat


Orang ramai berhimpun di luar beberapa buah bangunan dekat Dataran Foley, New York akibat gempa bumi kelmarin.

Orang ramai berhimpun di luar beberapa buah bangunan dekat Dataran Foley, New York akibat gempa bumi kelmarin.

MINERAL, Virginia – Satu gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter yang berpusat di Virginia melanda pantai timur Amerika Syarikat (AS) termasuk di New York dan Washington D.C kelmarin.

Gempa bumi itu pada mulanya disangka satu serangan pengganas di New York ekoran bangunan-bangunan tinggi bergoyang menyebabkan mereka berhimpun di luar bangunan.

Pejabat-pejabat pemerintah di Washington D.C seperti pejabat Presiden AS, White House dan Jabatan Pertahanan AS dikosongkan ekoran gempa bumi yang dianggap terkuat pernah berlaku dalam tempoh 67 tahun di timur AS.

Setakat ini tiada laporan mengenai kematian tetapi beberapa pegawai di Washington berkata, terdapat beberapa orang dilapokan cedera.

Namun, gempa bumi itu menyebabkan Gereja Besar Kebangsaan Washington yang menjadi lokasi pengebumian beberapa Presiden AS mengalami kerosakan kecil.

Bangunan tempat persidangan wakil rakyat AS di Washington turut mengalami kerosakan kecil.

Presiden AS, Barack Obama tidak berada di Washington semasa gempa bumi itu berlaku kerana beliau bermain golf di di Pulau Martha’s Vineyard di luar pantai Massachusetts. – Kosmo

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: