‘Saiful beritahu plastik dimasukkan ke duburnya’


Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 07Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

“Dia (Saiful) terus bercakap kepada saya dan katanya melibatkan VIP dan dia berada berasa takut,” kata Osman di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Hospital Pusrawi Emergency ward 280708.jpg“Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop,” katanya.

Menurut Osman, beliau juga mencadangkan supaya Saiful merujuk kepada hospital kerajaan dan membuat laporan polis.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

Anwar, dalam kenyataan sepanjang 32 halaman semalam menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan seks dengan bekas pembantunya itu.

Anwar dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Malaysiakini

Advertisements

Satu Respons to “‘Saiful beritahu plastik dimasukkan ke duburnya’”

  1. Kes liwat yang berlaku terhadap Anwar ini hanya cerita dongeng untuk politik Najib yang sudah usang. Saiful dapat upah dari Najib untuk reka dan mengaku yang beliau diliwat. Hanya Saiful sendiri yang tahu benar atau tidak beliau diliwat. Saiful hanya manusia celaka yang sanggup menggadai maruah sebagai Islam tapi bertindak mengikut hawa nafsu gara2 upah dengan wang yang banyak. Soal sumpahnya dalam masjid adalah sumpah penipu yang beliau sendiri mengentahui tuhan tidak akan memberi pembalasannya dengan segera.

    Kerana perlukan upah yang banyak, beliau sanggup buat apa saja ..yang penting..pulusss yang banyak..

    Samada duburnya dimasuk plastik atau tidak.. terkoyak atau tidak..itu cerita reka cipta dengan konspirasi politik bersama Hakim, Najib,prguam negara dan Musa Hassan. Kes ini hanya untuk menjatuhi kredibiliti Anwar sebagai ahli politik yang karismatik dan wibawa. Tidak ada kena mengena dengan Liwat. Terpaksa mereka cipta isu liwat hanya untuk menyekat dan penjarakan Anwar. Mereka lihat hanya Anwarlah satu-satunya yang boleh menyekat mereka dari terus berkuasa. Terpaksa Najib ,Bini Najib dan Musa Hassan serta konspirator menciptakan satu isu yang boleh menyekat Anwar atau mempenjarakan Anwar. Itu adalah realiti dalam kehidupan pembicaraan Anwar hingga kini dan seterusnya.Semuanya dongeng, bohong.. penipu…

    Konspirator samada Musa Hassan, peguam negara, hakim2 yang terlibat serta Najib, BiNiNajib akan menerima balasan azad dari tuhan. Itu adalah janji-janji tuhan untuk yang fitnah.

    Kamu Najib, Musa Hassan, Hakim-hakim dan konspirator, jika umur kamu sudah hampiri atau melebihi 60 tahun… hidup kamu semakin senja… bertaubatlah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: