Digelar Wira Kerana Turunkan Bendera Israel


SEJUMLAH orang berhimpun dalam tunjuk perasaan di luar Kedutaan Israel di Kaherah, Mesir awal semalam. KAHERAH – Seorang penunjuk perasaan Mesir menjadi wira kerana dia menurunkan bendera Israel di bangunan kedutaan rejim Zionis itu di sini kelmarin.

Tindakan itu dibuat selepas lima anggota polis sempadan Mesir mati ditembak askar-askar Israel yang sedang mengejar para pejuang Palestin.

Para pejuang Palestin itu didakwa melarikan diri ke wilayah Palestin selepas lapan rakyat Israel mati di dalam wilayah Yahudi.

Israel menyalahkan para pejuang Palestin dari Gaza yang telah menyelinap masuk ke dalam wilayah Israel sehingga mengakibatkan kematian penduduknya.

Rejim Zionis kemudian meminta maaf ekoran kematian lima anggota polis Mesir semasa insiden memburu para pejuang Palestin di wilayah Mesir dilakukan Israel.

Namun, perbuatan Israel itu mencetuskan kemarahan penduduk Mesir.

Sejumlah penduduk Mesir berhimpun di luar kedutaan Israel bagi membantah tindakan Israel yang membunuh anggota polis Mesir.

Seorang penunjuk perasaan yang bertindak berani menurunkan bendera Israel di kedutaan Israel itu dikenali sebagai Ahmed Shehat.

Bendera Israel itu kemudian dikoyak oleh sejumlah penunjuk perasaan dan menjadikannya sebagai cenderamata.

Beberapa penunjuk perasaan lain membakar bendera Israel dan Amerika Syarikat.

Seorang calon presiden Mesir, Hamdeen Sabahi memuji Ahmed sebagai wira rakyat menerusi laman Twitter.

“Ini adalah untuk Palestin. Ini adalah untuk Mesir. Ini adalah untuk setiap penduduk Arab. Ini adalah untuk setiap individu yang bebas,” kata salah satu mesej di Twitter mengenai keberanian Ahmed.

Kelmarin, Kementerian Luar Mesir memanggil Kuasa Usaha Israel untuk memberi amaran berhubung kejadian lima anggota polis itu mati ditembak.

Kuasa Usaha Israel itu dipanggil kerana duta Israel ke Mesir berada di luar negara. – Kosmo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: