Tolak Zainul Rijal Kerana Langgar Etika Peguam Syarie


 

Anwar Ibrahim Blog

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Mahkamah Syariah Kuala untuk memfailkan permohonan menolak peguam Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, dalam kes qazaf yang difailkannya.

Zainul Rijal mewakili Pendakwa Raya Syariah, Ketua Pengarah Jawi dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Jamil Khir Baharom dalam permohonan untuk meneruskan kes Qazaf Anwar.

Ketua Umum KEADILAN itu sebelum ini mengambil tindakan undang-undang terhadap Jawi agar jabatan itu meneruskan pendakwaan Qazaf yang difailkan beliau terhadap Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes Fitnah II.

Peguam yang mewakili Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata permohonan menolak Zainul Rijal itu dibuat kerana dia dipercayai melakukan tindakan berlawanan dengan etika seorang peguam syarie dalam kes Anwar terhadap Jawi.

“Beberapa kenyataan dikeluarkan Zainul Rijal menjejaskan mahkamah syariah dan berlawanan dengan etika peguam syariah dalam etika mahkamah syariah,” kata Kamar Ainiah.

Antaranya beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan menjejaskan kes ini dan juga menerima wang zakat dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebagai yuran guamannya, kata Kamar Ainiah.

“Dia juga pernah meminta peguam Anwar, Karpal Singh disiasat (dan dikenakan tindakan). Dia juga pernah membuat kenyataan kes liwat pertama perlu dibuka semula (walaupun Anwar telah dibebaskan),” kata Kamar Ainiah.

Anwar sewaktu mengulas berkata Zainul Rijal sebagai seorang peguam syariah menghina mahkamah syariah apabila melambat-lambatkan perbicaraan kes itu dan mencampuri perjalanan kes Fitnah II di Mahkamah Sivil.

“Kes ini kita majukan sebab sejak 2008, pendakwa, Menteri Agama Umno, halang pendakwaan dari berlaku. Sebagai seorang yang mengaku sebagai peguam Muslim, dia sibuk (mengganggu) kes mahkamah sivil.

“Semua ulama meminta saya bawa kes ini ke Mahkamah Syariah. Peguam saya dah ulang alik ke Mahkamah Syariah kerana sebelum ini kes ini ditolak atas alasan teknikal sahaja.

“Satu penghinaan terhadap mahkamah syariah tetapi orang yang sama mendesak kes mahkamah sivil dipercepatkan,” kata Anwar.

Beliau turut menegur penggunaan wang zakat oleh Jawi untuk membayar yuran guaman Zainul Rijal sedangkan pada masa sama, pengagihan wang zakat terhadap orang memerlukan masih terabai.

“Saya kira orang miskin terpaksa ke gereja untuk terima wang. Di sini, wang zakat diguna biaya Menteri.

“Ia disahkan sendiri Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim di Parlimen,” kata Anwar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: