Allah Mendengar Isi Hatimu


alt

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Alhamdulilah gaji ku masuk jua akhirnya. Inilah kali pertama aku bekerja selepas menamatkan pengajian. Aku sudah niat gaji yang pertama ku ini akan akan aku sedekahkan untuk rumah anak-anak yatim.

Selama berbulan, aku masih belum mempunyai kesempatan untuk pergi ke rumah anak yatim yang memang hati ini mendambakan untuk berbakti di sana.

Aku berdoa kepada Allah supaya aku dapat pergi ke rumah mereka. Bagi ku anak yatim juga adalah tanggungjawab kita. Aku ingin menyayangi mereka seperti keluarga ku sendiri. Hati ini terpanggil untuk pergi ke sana. Di kampus dulu, dapat aku melihat keletah mereka semasa program anak yatim. Sekarang sejak bekerja, aku masih belum dapat menyusun jadual bertemu mereka. Aku berdoa moga Allah mempertemukan aku dengan mereka. Aku ingin  menyayangi mereka. Malah, Bukhari meriwayatkan:

Daripada Sahl bin Sa’ad R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya: “Aku dan orang yang menyantuni anak yatim kelak di Syurga seperti ini,” lalu memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah dengan sedikit merenggangkannya. [Riwayat al-Bukhari no 5304]

Pada petang Jumaat, pintu rumah ku di ketuk. Ada seorang budak lelaki berbaju melayu putih umur dalam lingkungan 10 tahun datang. Ibu ku pantas keluar. Aku hanya memandang dari dalam, hatiku dapat merasakan seolah-olah  anak itu datang untuk mengutip derma. Ya Allah… Aku bersyukur kepadamu. Aku terus mencapai wang kertas yang ku simpan erat di genggaman tangan ku.

Ibu terus muncul di depan pintu, “Kasihan anak yatim tadi jauh datang dari selatan tanah air katanya rumah anak yatim mereka baru dibuka, mereka memerlukan kelengkapan untuk keperluan asas,” kata ibuku. Aku lantas memberikan ibuku wang kertas tersebut.

Ibuku lantas memberikan kepada anak yatim tersebut. Anak yatim tersebut memberikan pula sekeping CD himpunan surah-surah lazim dari bacaan Ustaz Kazim Elias. Aku bersyukur Ya Allah… Alhamdulilah kerana mendengar isi hatiku ini. Hajat ku tercapai jua akhirnya. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Hati ini berdetik aku tinggal di barat tanah air sedangkan anak yatim tadi dari selatan tanah air. Ya Allah. Maha Besar.

Mengenang kembali setiap perkara yang berlaku. Setiap apa yang kita lahirkan dan sembunyikan dalam hati ini. Tiada apa pun yang tersembunyi oleh Allah. Allah Maha Melihat dan  Maha Mendengar setiap  yang terbuku di hati ini. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berdoa memohon kepada Allah. Beritahulah segala isi hati kita kepada Yang Maha Mencipta. Moga kita sentiasa di dalam rahmat kasih sayang-Nya.

“Segala yang ada di langit dan bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu sembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”  (Surah Al-Baqarah: 284)

Artikel iluvislam.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: