Tumpu P’raya Sarawak, Jangan Peduli Media Pro BN


Dari Harakahdaily

Timbalan Presiden PAS,Nasharudin Mat Isa (gambar) menyeru seluruh jentera parti menumpukan sepenuh perhatian kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang sangat penting kepada Pakatan Rakyat.

Nasharudin berkata, jentera parti tidak seharusnya terpengaruh dengan laporan media pro Umno BN berkaitan urusan dalaman parti khususnya berkenaan pemilihan pimpinan Jun ini.

“Saya minta jentera dan ahli PAS tumpu kepada pilihan raya di Sarawak. Jangan terbawa-bawa dengan laporan media yang cuba membangkitkan isu dalaman parti khasnya yang berkaitan dengan pemilihan,” katanya kepada Harakahdaily.

Tambah beliau, media sedangkan diperalatkan Umno BN untuk melaga-lagakan saf pimpinan parti.

“Musuh politik kita sedang memperalatkan media untuk melaga-lagakan saf parti,” katanya.

Katanya juga, seluruh jentera mesti bekerja bersungguh-sungguh di Sarawak untuk menumbangkan BN.

“Kita harus bekerja kuat di Sarawak,” katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Menyentuh mengenai persiapan di Sarawak, beliau berkata setiap jentera telah dibahagikan kepada lima kawasan yang ditandingi PAS.

Ujarnya juga, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan turut sama membantu di setiap kawasan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: