Kamera GPS Rakam Kereta Langgar Treler




ABERDEEN, Britain – Detik cemas sebuah kereta dipandu melawan arus memasuki susur keluar sebatang jalan raya di Britain sebelum ia berlanggar dengan sebuah treler yang membawa muatan simen berjaya dirakam kamera sistem pengesanan global (GPS) lori kedua, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pada Selasa lepas, kereta Vauxhall Astra yang dipandu seorang wanita cuba memasuki jalan besar A90, dekat sini, Scotland, melalui susur keluar jalan itu.

Melihat sebuah treler seberat 44 tan di depannya, dia melencongkan keretanya dan berada dalam laluan lori kedua di jalan raya itu.

Tidak mahu dirempuh, kereta itu cuba kembali ke susur keluar itu dan melanggar sisi treler terbabit.

Pelanggaran tersebut menyebabkan treler berkenaan terbalik, manakala bahagian sisi dan hadapan kereta itu remuk.

Tiada yang cedera dalam kemalangan itu. Namun, wanita berusia 20 tahun itu didakwa kerana memandu secara berbahaya.

-Kosmo

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: