Dun Luluskan Akta Kebebasan Maklumat Selangor


Dari Harakahdaily

Akta Kebebasan Maklumat sudah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini selepas ia dibaca buat kali ketiganya dan diluluskan.

Akta yang dibacakan untuk kali kedua dalam Dun Selangor pada 14 Julai 2010 lalu oleh Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong, bertujuan untuk  memberikan hak kepada rakyat Selangor mendapatkan maklumat tanpa sebarang sekatan.

Rang undang-undang itu dikemukakan untuk bacaan kali ketiga hari ini oleh exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar Selangor itu.

Cadangan rang undang-undang itu disokong oleh ADUN Sri Andalas Xavier Jeyakumar dan diluluskan sebulat suara oleh ahli dewan tanpa sebarang pindaan.

Dalam ucapannya, Elizabeth antara lainnya berkata enakmen baru itu merupakan hasil keberanian rakyat dan keyakinan mereka dalam memilih Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.

Katanya lagi, rang undang-undang kepada enakmen itu telah melalui pemerhatian satu jawatankuasa pilihan DUN Selangor dan tidak akan melampaui kuasa perlembagaan. Undang-undang kebebasan maklumat menetapkan peraturan dalam pemerolehan maklumat yang dipegang oleh badan-badan kerajaan.

Undang-undang ini menjelaskan proses perundangan yang mewajibkan maklumat kerajaan dibuka kepada orang awam yang bertujuan untuk menggalakkan ketelusan dan menangani rasuah.

Lebih dari 70 negara di dunia, termasuk negara China, India dan negara Thai telah melaksanakan undang-undang kebebasan maklumat, dan banyak lagi dalam proses untuk berbuat demikian.

Malaysia merupakan antara negara terakhir yang masih belum memperkenalkan undang-undang kebebasan maklumat.

Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010 bertujuan untuk “mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam, untuk memberi kepada setiap individu peluang untuk akses kepada maklumat yang dibuat oleh setiap jabatan Kerajaan Negeri.”

Enakmen ini hanya berkuatkuasa kepada Kerajaan Negeri Selangor dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan walaupun bertempat ataupun bertugas di negeri Selangor tidak termasuk dalam enakmen ini.

Maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) juga tidak termasuk, kata Elizabeth dalam satu kenyataannya sebelum ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: