Mufti Wajar Nyata Pendirian, Kata Dr Asri


Dari Malaysiakini

Para mufti wajar menyatakan pendirian mereka berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Kita kena bezakan (supaya), apabila bercakap, jangan main selak kain (orang). Kita tidak cakap video itu (sama ada) betul atau salah. Kita bercakap mengenai politik idea untuk membela rakyat.

“Kita bercakap tentang prinsip. Apa nak jadi, kalau ahli politik bercakap mengenai melondeh kain orang. Apa yang rakyat dapat.

“Bahkan (dalam) prinsip Islam pun menentang perkara-perkara seperti ini. Jadi mereka (mufti) perlu berkata sesuatu (mengenai perkara ini). Saya tidak mahu memaksa mereka (untuk berkata),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Hujung minggu lalu, Dr Mohd Asri mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

Menulis dalam blognya hujung minggu lalu, beliau berkata, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

NONEMengulas lanjut mengenai tulisannya itu, pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, beliau mendapat reaksi banyak pihak termasuk cadangan supaya beliau “mengepalai” perhimpunan anti-politik lucah itu.

Bagaimanapun, beliau menolak cadangan tersebut kerana berpendapat bahawa “ada tokoh besar lain” yang boleh mengetuai perhimpunan tersebut.

“Ada tokoh utama dalam masyarakat, tetapi bukan saya,” katanya.

Dalam reaksinya kepada pihak itu, Dr Mohd Asri berkata, semua pihak perlu memainkan peranan membantah politik lucah itu dan tidak terhad kepada kumpulan atau parti politik tertentu, tetapi seluruh rakyat.

Malah, katanya, bukan Islam pun boleh sertai bersama, kerana semua membenci perbuatan seperti itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: