Ceramah DNA: PKR Akan Saman Polis


Dari Malaysiakini

PKR akan mengambil tindakan menyaman polis, termasuk 16 anggota pasukan itu yang didakwa melakukan kekerasan dalam satu insiden pada malam Jumaat lalu.

Naib presiden PKR, N Surendran (kiri) berkata, parti itu telah memberikan notis selama 48 jam kepada pihak polis untuk memohon maaf berhubung insiden berkenaan.

NONE“Tapi sampai sekarang belum ada apa-apa (permohonan maaf),” katanya lagi.

Surendran berkata, parti itu akan menamakan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar, kerajaan Malaysia dan menteri dalam negeri dalam saman berkenaan.

Selain itu, ketua polis daerah Ampang Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan juga akan dinamakan dalam saman berkenaan, kata Surendran lagi.

Dalam insiden berkenaan, Anwar dilaporkan telah berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.

Ceramah itu diadakan di perkarangan pusat khidmat Azmin di Taman Melawati pada malam itu.

Sementara itu, Surendran turut mendakwa, anggota polis berkenaan telah melakukan beberapa kesalahan termasuk menceroboh dan menghentikan ceramah yang diadakan ketika insiden itu berlaku.

NONEAnggota berkenaan juga didakwa telah menyerang dan membuat tangkapan salah ke atas beberapa orang yang ditahan dalam kejadian berkenaan, katanya.

“Kita telah minta mereka memberikan nama (anggota polis berkenaan) kepada kami,” kata Surendran kepada pemberita.

Sebelum itu, beliau menemani tiga orang ADUN parti itu untuk membuat kenyataan di balai berkenaan pagi ini berhubung insiden tersebut.

Mereka ialah ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Amiruddin Shaari (Batu Caves).

Ketiga-tiga mereka telah diserahkan notis untuk memberi kenyataan itu pada tengah malam Isnin lalu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: