Tangguh Sidang Sekat Adun Pakatan Ke Sarawak?


Dari Harakahdaily

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim menyokong kenyataan Adun Tronoh, Sivakumar yang mengatakan penangguhan sidang Dun Perak ada kaitan dengan usaha untuk menghalang Adun Pakatan Rakyat untuk turun berkempen di Sarawak.

Beliau yang juga Adun Titi Serong menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Speaker Dun Perak, Ganesan yang menangguhkan tarikh persidangan dari 5 April kepada 12 April.

Baginya, penangguhan itu menimbulkan banyak persoalan yang tidak terjawab serta boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan reaksi yang berbeza, apalagi Ganesan tidak memberikan sebab yang terperinci dan munasabah sebab penangguhan tersebut.

“Jangkaan lain saya ialah adakah mungkin penangguhan itu ada kaitan dengan isu yang dikatakan bahawa ura-ura Dun Perak akan dibubarkan secara berasingan akan menjadi kenyataan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Selain itu, beliau melihat sangat tidak munasabah tempoh yang panjang yang telah diperuntukkan selepas notis awal hampir sebulan lepas namun tarikh sidang tersebut tidak mampu dilaksanakan sesuai perencanaan awal.

“Seingat saya inilah kali pertama sidang Dun ditangguhkan di Perak selepas Pakatan Rakyat berkuasa di Perak pada Mac 2008 dan selepas BN merampas kuasa pada Februari 2009,” katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: