RM100 Elaun Warga Emas Pulau Pinang Dari Penjimatan RM80JUTA


Prestasi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Jauh Lebih Baik Berbanding Bn

Prestasi Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR) jauh lebih baik berbanding semasa dipetintah oleh Barisan Nasional (Bn). Sebagai contoh, merujuk kepada  Laporan Audit Negara mengenai prestasi Kerajaan Negeri Kedah, dibawah pentadbiran Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Di dalam laporan audit Negara, Ketua Audit Negara, memuji Kerajaan Negeri Kedah keraja berjaya meningkatkan pendapatan negeri Kedah sehingga 245% jauh lebih baik berbanding dizaman Bn. Selain itu Kerajaan Negeri Kedah juga telah berjaya menjimatkan perbelanjaan. Tetapi adakah laporan seperti ini disiarkan oleh media arus perdana seperti RTM dan Utusan Malaysia? Soalnya yang juga Ahli Parlimen Machang, Kelantan.

Begitu juga dengan Kerajaan Negeri Kelantan yang telah ditadbir oleh PAS selama lebih 20 tahun sejak tahun 1990. Kerajaan Negeri Kelantan telah mencarumkan setiap warga emas yang berusia 60 tahun keatas ke dalam skim kifalah, iaitu sekiranya mereka telah meninggal dunia, warisnya akan menerima sumbangan tersebut bagi pihak si mati, dan wang tersebut boleh dibuat kenduri tahlil bagi mendoakan ibu/bapa mereka yang telah meninggal dunia ataupun untuk membayar hutang sekiranya ada, katanya lagi.

Sebaik sahaja PR diberi mandat untuk memerintah negeri Selangor pada Mac 2008, Kerajaan Negeri Selangor turut memperkenalkan program yang sama iaitu yang dikenali sebagai Skim Mesra Usia Emas (SMUE), begitu juga di Negeri Kedah.

Beliau berkata demikian sewaktu berceramah di Dewan Sungai Terap bersama-sama Naib Presiden PAS, Dato’ Haji Mahfuz Omar, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

Namun, katanya, berlainan sedikit berbanding di Pulau Pinang, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, memberikan wang RM100 kepada warga emas di Pulau Pinang secara tunai. Tindakan Kerajaan Pulau Pinang tersebut menyebabkan pemimpin Umno gelisah dan bimbang akan kehilangan sokongan di Pulau Pinang.

Lalu mereka telah mencipta fitnah dengan mengatakan wang tersebut, yang diberikan sebanyak RM100 kepada warga emas diambil daripada hasil judi. Lalu Umno Pulau Pinang telah mengumpul beberapa orang warga emas yang menerima sumbangan tersebut, kononnya untuk menyerahkan semula RM100 kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ketika di Parlimen, saya bertanya kepada Lim Guan Eng, adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerima kembali wang yang telah dikumpulkan oleh Umno tersebut, Lim Guan Eng mengatakan “satu sen pun Kerajaan Pulau Pinang tidak terima”, katanya lagi.

Persoalannya, benarkah Kerajaan Pulau Pinang memberikan sumbangan tersebut daripada hasil judi?. Siapakah yang berkuasa meluluskan lesen judi? Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan?, Yang Mengeluarkan lesen judi ialah Kementerian Kewangan bukan Kerajaan Negeri. Siapa pula Menteri Kewangan pertama?, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, yang juga Perdana Menteri dan Presiden Umno. Siapa pula Menteri Kewangan kedua? Dato’ Ahmad Husni Hanadzah, Bendahari Umno, terangnya lagi.

Artikel dari Sgburong

Satu Respons to “RM100 Elaun Warga Emas Pulau Pinang Dari Penjimatan RM80JUTA”

  1. Sejak dulu lagi rasa nak pindah menetap ke PP, macam-macam ada, tak lupa buat warga emas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: