PRU 13: Beranikah BN Perak Tolak Nazri


Dari Harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak pelik melihat temubual khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz di dalam akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau yang menuntut agar MIC menyerahkan kesemua enam kerusi di Negeri Perak yang gagal dimenangi parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke–12 yang lalu walaupun Barisan Nasional (BN) Negeri Perak baru berkonvensyen bagi tujuan persedian PRU jelas Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir.

Setiausahanya, Dr Raja ahmad Al-Hiss melihat kenyataan Nazri bukanlah asing kerana beliau bukan bercakap tanpa direstui oleh orang-orang tertentu.

DPPN Pk, katanya dapat melihat jelas apa yang dibincangkan oleh BN Perak di dalam konvensyen mereka tidak selari dan seolah-olah ada agenda tertentu Umno Perak dengan apa yang dinyatakan oleh Nazri.

Tambahnya, DPPN Pk yakin bahawa Pengerusi BN Perak akan menafikan perkara ini atau sebaliknya.

“Kenyataan tersebut juga sebagai bukti bahawa BN Perak masih bergolak di bawah kepimpinan Zambry yang masih muda dan kurang pengalaman dalam memahami selok-belok politik negeri serta bekerjasama dengan parti-parti komponennya,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurutnya, BN Perak pada hakikatnya tidak bersatu dan penuh dengan masalah berdasarkan kenyataan Nazri sebagai pemimpin kanan negara dan negeri.

DPPN Pk juga, katanya meminta respons daripada kompenan BN Perak bagi menafikan kemelut yang ada atau beranikah BN Perak menolak Nazri bagi mempertahankan kerusi Parlimen Padang Rengas pada PRU 13 nanti.

“Sama-samalah kita tunggu cerita baru BN Perak yang semakin hari semakin kalut akibat lemahnya kepimpinan sedia ada,” katanya lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: