Kanak-kanak Perempuan 3 Tahun Ketagih Rokok & Arak


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun secara misteri mula ketagihan menghisap rokok dan minuman alkohol selepas terselamat daripada satu nahas jalanraya.

Ya Wen telah merokok sehingga sekotak rokok sehari sejak kemalangan itu tahun lepas apabila beliau dilanggar oleh sebuah van yang laju.

Ibu bapanya mengatakan bahawa personalitinya telah berubah sejak ia keluar daripada hospital, di mana pulih selepas daripada kecederaan parah dan koma selama lima hari.

Ibunya Gao berkata dia mula berkelakuan seperti orang dewasa.

‘Dia suka minum,’ katanya. ‘Tiga gelas besar bir bukan masalah padanya.’

Ibunya, yang mengutip sampah untuk dijual di Huizhou, China, berkata dia mendapati anak perempuannya bersembunyi dalam sebuah tandas sambil merokok dengan rokok milik bapanya.

Mulanya dia hanya mencuri, tetapi kini dia sudah berani mendapatkannya secara berhutang dari sebuah kedai runcit tempatan.

Pemilik kedai berkata Ya Wen sering datang dan mengambil beberapa bungkus rokok.

‘Kami sangkakan dia membeli untuk bapanya,’ katanya.

Puan Gao, yang tinggal di pondok perlindungan, berkata anak perempuannya kini telah gian menghisap sejak setahun dan juga telah berubah penampilannya dalam berpakaian.

‘Dia hanya sukakan pakaian budak lelaki. Jika kami tidak membelikan untuknya, dia akan menangis dan memberontak.’

Bapa Ya Wen kini telah berhenti merokok dan keluarga mereka telah berpindah ke tempat yang lain, tetapi dia masih menangis untuk mendapatkan rokok jika ia melihatnya dimana-mana.

Sumber Pulak Dah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: