Ibu Tunggal Serta Tiga Anak Perempuan Diratah Bomoh


ROMPIN: Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang mengaku dirinya bomoh bukan saja berlagak alim dengan mengajar ilmu agama songsang malah turut menjadikan seorang ibu tunggal serta tiga anak wanita terbabit sebagai tempat memuaskan nafsunya.

Selain mengajar ajaran sesat, bomoh terbabit yang dikenali dengan panggilan ‘Bapak’ juga didakwa mengaku mampu menghilangkan dosa pesakitnya melalui upacara membuang dosa dengan melakukan hubungan seks.

Difahamkan, ibu tunggal berusia 50-an berkenaan pada mulanya menemui bomoh itu di rumah lelaki terbabit di luar daerah ini pada awal Januari lalu untuk berubat selepas dimaklumkan dia mampu merawat penyakit ditanggungnya selain seorang yang alim.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai dipukau dikehendaki melakukan upacara pembuangan dosa terlebih dulu sebelum meneruskan rawatan dan dia kemudian dirogol lelaki berasal dari Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap itu.

Perbuatan jijik bomoh terbabit tidak berakhir di situ saja apabila selang beberapa hari kemudian, mangsa membawa suspek pulang ke rumahnya untuk mengajar ilmu agama kepada tiga anak perempuannya dan tinggal sebumbung selama hampir dua bulan.

Tindakan ibu tunggal berkenaan mengundang padah apabila tiga anak perempuannya berusia 20-an hingga 40-an turut menjadi mangsa malah empat beranak terbabit menjadi hamba seks kepada lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan, Johari Jahaya, berkata sepanjang tempoh berkenaan empat mangsa terbabit dirogol beberapa kali.

“Menurut kenyataan mangsa, suspek bukan saja meniduri mereka malah turut mengajar ilmu salah dan pada masa sama, mereka tidak mampu membantah kerana dipukau.

“Penderitaan mereka berakhir apabila empat beranak terbabit mula tersedar selepas menantu kepada ibu tunggal berkenaan pulang ke rumah kerana bimbangkan isterinya sudah lama tidak pulang,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, menantu ibu tunggal berkenaan yang pulang bersama seorang anak lelaki mangsa terkejut selepas diberitahu kejadian itu dan bertindak menangkap suspek yang ketika itu berada di rumah mereka sebelum diserahkan kepada polis.

“Suspek kini dalam tahanan polis dan kes berkenaan masih lagi dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

“Orang ramai khususnya kaum wanita dinasihatkan supaya tidak terlalu percaya dengan individu mengaku dirinya bomoh atau mampu mengubati penyakit dan elakkan menjalankan perubatan secara bersendirian,” katanya.

-Hmetro

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: