Karpal Timbang Heret Najib Kerana Hina Mahkamah


Dari Malaysiakini

Peguambela utama kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim – Karpal Singh sedang mempertimbangkan untuk membuat permohonan bagi mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana menghina mahkamah.

Ini berikutan kenyataan Najib yang mendesak Anwar memberikan sampel DNA bagi ujian dijalankan.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memberitahu Karpal supaya mengemukakan permohonan rasmi berhubung perkara itu.

NONEKarpal dalam hujahnya pagi ini berkata beberapa individu termasuk perdana menteri telah menghina mahkamah dengan mengulas perkara itu.

Di luar mahkamah, Karpal berkata beliau dengan serius mempertimbangkan untuk membuat permohonan tersebut.

“Sepatutnya, hakim yang seharusnya memulakan tindakan ini tetapi (berikutan apa yang hakim) perkatakan kami dengan serius mempertimbangkannya,” katanya.

“Terdapat beberapa individu yang membuat kenyataan seumpama itu yang seolah-olah memberi tekanan ke pihak mahkamah. Kami akan failkan (permohonan) ke atas nama-nama besar, khususnya (Najib),” katanya, walaupun beberapa wartawan juga menimbulkan bahawa timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa yang lain juga menimbulkan isu tersebut.

Karpal berkata hakim juga memberi amaran supaya semua pihak mengelakkan diri daripada mengulas kes berkenaan atau menghadapi tindakan.

Minggu lalu, Karpal memberi amaran kepada semua pihak termasuk presiden parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim daripada membuat ulasan.

Dari Keadilandaily

Ikan Bilis Tak Mainlah, Kita Heret Yang Penting Saja – Karpal

Pasukan peguam Ketua Pembangkang akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan menghina mahkamah.

“Ya, kami mempertimbangkan untuk memfailkan permohonan mensabitkan Najib dengan tuduhan menghina mahkamah,” kata Karpal kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Karpal, Najib akan didakwa menghina mahkamah kerana menggunakan media mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau dalam perbicaraan Fitnah II yang sedang berlangsung sekarang.

Karpal berkata, kenyataan Najib di dalam media dianggap melanggar arahan hakim yang mahu pihak-pihak terlibat tidak menghina mahkamah.

“Justeru, mereka yang berbuat demikian perlu menanggung akibatnya iaitu
kemungkinan disumbatkan ke penjara,” tegas Karpal.

Ditanya wartawan sama ada pihak lain akan turut didakwa selain daripada Najib,
contohnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut membuat kenyataan sama, Karpal secara berseloroh menjawab beliau hanya mahu mendakwa mereka yang penting sahaja.

“Ikan-ikan bilis tak perlulah,” kata Karpal merujuk kepada Muhyiddin.
Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair pula berkata, tindakan Najib itu terang-terangan satu campur tangan politik.

“Beliau menggunakan jalan politik dan mahu mengarahkan Anwar menyerahkan DNA-nya.

“Beliau tidak boleh sewenang-wenangnya beranggapan, ‘saya adalah undang-undang kerana saya adalah Perdana Menteri’,” kata Sankara.

Jelas beliau, tindakan Najib itu turut mengganggu mahkamah kerana ia boleh
mempengaruhi keputusan hakim.

“Ia akan mempengaruhi keputusan hakim. Beliau (Najib) adalah PM, dan hakim
berada di bawahnya (seperti yang kita lihat sebelum-sebelum ini),” kata Sankara.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini menangguhkan perbicaraan Fitnah II sehingga Rabu ini kerana beliau memerlukan masa untuk membuat keputusan berhubung permohonan pendakwa raya.

Pendakwa raya sebelum ini memohon kepada mahkamah untuk menyemak semula keputusan bicara-dalam-perbicaraan yang menolak bukti yang diperoleh secara tipu helah daripada Anwar sewaktu beliau ditahan secara tidak sah pada 16 Julai 2008.

Mereka turut memohon untuk mendapatkan sampel DNA Anwar sekiranya Mohamad Zabidin mengekalkan keputusan bicara dalam perbicaraan sebelum ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: