Selangor, Pulau Pinang Sumbang Mitshubishi Triton (4WD) Bantu Anak Penan Ke Sekolah


Menyedari masalah yang menghimpit anak-anak masyarakat Penan di Sarawak dalam meneruskan pelajaran, dua kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, menghulurkan sumbangan berharga.

Ia berikutan anak-anak masyarakat Penan berdepan masalah pengangkutan berikutan faktor georgrafi dan kegagalan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Taib Mahmud menyediakan prasarana sewajarnya.

Oleh itu, kerajaan Pulau Pinang dan kerajaan Selangor – dua negeri paling maju di Semenanjung Malaysia menderma kenderaan pacuan empat roda (4WD)
Mitshubishi Triton dan sejumlah RM10,000 sebagai dana penyelengaraan.

Ironinya, Sarawak juga antara negeri paling tinggi pelaburannya di Malaysia tetapi masalah pengagihan kekayaan yang tidak menyeluruh dan dibolot kroni Taib, menyebabkan rakyat kekal miskin.

Pada satu majlis di Kuching, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan replika kunci kepada disampaikan kepada Peguam bagi Kumpulan Penyokong Penan (PSG) iaitu Baru Bian dan See Chee How serta beberapa wakil Penan dari Ulu Baram.

“Saya tak sangka Menteri Besar Selangor yang akan buat kerja ini (beri bantuan). Ia sepatutnya dilakukan Ketua Menteri Sarawak (Taib Mahmud),” kata Khalid, sinis.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: