Pilihan Raya Sarawak Bakal Berlaku Kejutan


Dari Harakahdaily

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa berharap rakyat Sarawak boleh menerima parti lain daripada BN supaya boleh dipanjangkan tuntutan royalti petroleum dan pada masa sama mengagihkan kekayaan negeri dengan lebih saksama.

Katanya, hari ini jurang rakyat Sarawak sangat besar; yang miskin terlalu miskin sementara ketua menterinya pula dikenali mempunyai aset yang sangat besar dan sehingga hari ini dia pun tidak menafikannya.

“Selain daripada mempunyai kekayaan, kalau kita lihat anaknya yang bercerai baru-baru ini bahawa tuntutan harta dia adalah beratus juta nilai harta yang dia miliki. Ini baru anak dia, dan macam mana pula dengan anak-beranaknya yang lain.

“Dan saya sangat hairan bagaimana BN masih mengizinkan beliau bertanding. Dia dah berkhidmat dan berurusan begitu lama. Ini bermakna BN tidak ada tokoh,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi , Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan berkata, PAS akan memberikan tumpuan kepada kerusi-kerusi yang ditandingi supaya mempunyai kerusi pertama di Sarawak.

Justeru, katanya petugas khas khususnya daripada kawasan Kubang Kerian dan negeri Kelantan dihantar ke Sarawak.

Ini, katanya, penting agar menikmati kemenangan pertama bagi membolehkan perjuangan rakyat Sarawak diangkat dengan lebih baik termasuk dari segi kekayaan Sarawak khususnya dari segi royalti petroleum yang begitu besar.

“Tetapi masih ramai rakyat Sarawak miskin, dan kita bercadang untuk meningkatkan bayaran royalti petroleum ini daripada lima peratus kepada 20 peratus kerana rakyat tempatan harus menikmati hasil daripada petroleum tersebut lebih baik daipada pihak lain,” katanya.

Menurutnya, rakyat Sarawak kini sudah bersedia untuk melaksanakan pilihan di luar dari BN.

Tambahnya, dengan perkembangan yang ada pada hari ini, satu kejutan bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak akan berlaku.

Katanhya lagi, rakyat Sarawak kini sudah dapat banyak maklumat yang dahulunya tidak sampai kepada mereka.

“Sekarang mereka sudah ada maklumat bahawa kekayaan Sarawak dimonopoli pihak tertentu sedangkan rakyat Sarawak masih kekal seperti biasa.  Kemudahan-kemudahan dan insfrastruktur di luar bandar, bekalan air dan tanah mereka sangat mendukacitakan.

“Kalau rakyat Sarawak hendakkan perubahan, mereka tidak ada pilihan lain melainkan mereka memberikan undi kepada Pakatan Rakyat (PR) dan juga SNAP supaya ada perubahan politik di negeri Sarawak,” katanya kepada media pada Majlis Makan Malam Persatuan Orang Pekak Kelantan (POPK) di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: