Kelantan Bantah Royalti Dipindah Ke Bahagian Sivil


Dari Malaysiakini

Kerajaan Kelantan memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah supaya kes tuntutan royalti minyaknya daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dipindahkan semula daripada bahagian sivil ke bahagian dagang.

pas muktamar nasharuddin win post 060609 husam pc 01Dalam afidavit yang diikrarkan oleh exconya Datuk Husam Musa sebentar tadi, beliau membantah keputusan dalam pengurusan kes pada 18 Januari di mana pihaknya kali pertama dimaklumkan tentang pemindahan itu.

Menurut Husam (kiri), beliau terkilan dengan keputusan perpindahan yang dibuat secara pentadbiran dan “tanpa pengetahuan atau persetujuannya, dan tanpa memberikan haknya untuk didengar.”

Kerajaan Kelantan juga mendakwa, dalam pengetahuan mereka tiada satu pihak pun yang membuat permohonan pemindahan itu.

“Oleh yang demikian, ia merupakan suatu keputusan yang salah di sisi undang-undang dan hendaklah diperbetulkan,” katanya dalam afidavit tersebut.

Dalam samannya sebelum ini, Kelantan mendakwa Petronas melanggar kontrak pembayaran wang tunai yang patut dibayar berhubung pendapatan minyak.

petronas dap memo 040805 logoDalam pernyataan tuntutan, kerajaan negeri itu antara lain memohon dikeluarkan perintah terhadap Petronas agar membuat bayaran penuh dan mendedahkan semua fakta berkaitan dengan pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan, termasuk sepanjang tempoh petroleum dikeluarkan, ditemui atau diperolehi di luar pesisir Kelantan; kawasan atau blok dari tempat petroleum itu ditemui atau diperolehi; dan jumlah pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan.

Manakala kerajaan persekutuan pula pada 19 Februari lalu memohon menjadi pencelah dan dinamakan sebagai defendan kedua dalam saman tersebut.

Antara alasan yang dikemukakan, kerajaan Malaysia wajar dijadikan defendan supaya semua perkara yang dipertikaikan boleh diputuskan dan dihakimi dengan berkesan dan selengkapnya.

Permohonan terbaru kerajaan Kelantan hari ini akan didengar pada 22 Mac, serentak dengan keputusan kerajaan persekutuan menjadi pencelah dalam kes itu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: