Helikopter Tentera Gugur Air Atas Reaktor


Dari Malaysiakini

Usaha untuk membendung kemalangan nuklear paling teruk di dunia sejak Chernobyl, kini membabitkan penggunaan helikopter tentera untuk menggugurka air ke atas loji nuklear Fukushima.

Petuga diarahkan keluar sekejap dari loji tersebut selepas tahap radiasi semakin meningkat – satu perkembangan yang menunjukkan krisis tersebut kini sukar dikawal.

NONE“Kira-kira jam 10.40 pagi (9.40 pagi waktu Malaysia), kami mengarahkan pemindahan pekerja… disebabkan peningkatan data (keradioaktifan) di sekitar pintu loji yang sudah berusia itu, kata seorang pegawai agensi keselamatan nuklear dalam satu sidang akhbar.

Bagaimanapun, para petugas dibenarkan masuk semula, selepas tahap radiasi jatuh. Operator loji berkata terdapat 180 pekerja di tapak pada 0230 GMT (10.30 pagi waktu Malaysia).

Hanya beberapa jam sebelumnya, satu lagi kebakaran berlaku di loji tersebut, yang telah membawa radiasi rendah ke kawasan Tokyo dalam tempoh 24 jam, mencetuskan kebimbangan di ibunegara Jepun itu dan di peringkat antarabangsa.

NONEPara pekerja sedang berusaha membersihkan sampah sarap untuk membuka laluan supaya kereta bomba boleh sampai ke reaktor No 4 di kompleks Daiichi di Fukushima, 240km di utara Tokyo. Api tidak lagi dapat dilihat di bangunan yang menempatkan reaktor, tetapi gambar TV menunjukkan asap masih ketara.

Operator loji menyifatkan reaktor No 3 sebagai “keutamaan” dan berkata, keadaan di reaktor No 4, tempat berlakunya kebakaran, sebagai “tidak sebegitu baik”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: