Insurans: PAS mahu jumpa Bank Negara


Dari Harakahdaily

PAS melalui NGO Gerakan Bela Rakyat (Bela) akan mengadakan pertemuan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mendesak satu mekanisma terbaik diusahakan bagi menangani isu caj insurans yang ‘tidak masuk akal’.

Pengerusi Bela, Salahuddin Ayub berkata, selain Bank Negara, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan.

Tindakan itu katanya dibuat ekoran tiada sebarang perkembangan positif dari pihak terbabit walaupun Bela memperjuang isu itu sejak Ogos tahun lalu.

“Oleh kerana tiada apa-apa perkembangan positif, Bela akan mengadakan pertemuan dengan pihak Bank Negara dan juga Kementerian Kewangan.

“Kita desak agar satu mekanisma penyelesaian disegerakan agar kadar insuran tidak membebankan rakyat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian kepada Harakahdaily.

Khamis lalu, isu caj insurans melampau dan manipulasi pembelian insurans ini hangat dibincangkan di Dewan Rakyat.

Wakil rakyat masing-masing menggesa BNM mencari penyelesaian segera memandangkan ia telah berlarutan sejak dua tahun lepas.

Mereka juga mendesak agar tindakan diambil terhadap syarikat-syarikat insurans yang didakwa mengambil kesempatan ke atas rakyat.

Selain itu, pengguna kini didakwa terpaksa membayar sehingga RM200 untuk mendapatkan liputan insurans (insurance coverage) untuk kenderaan lama mereka berbanding hanya RM70 hingga RM80 sebelum ini.

Syarikat insurans juga turut mewajibkan pemilik kenderaan untuk membeli pelbagai insurans tambahan lain termasuk insurans kemalangan peribadi, insurans bagi penumpang dan caj muatan sebelum boleh membeli perlindungan insurans pihak ketiga bagi kenderaan mereka.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: