Bot Penumpang Terbakar, 37 Penumpang Cemas



BESUT – Seramai 37 penumpang termasuk tiga pelancong asing melalui detik-detik cemas apabila terpaksa terjun ke laut selepas bot penumpang yang mereka naiki terbakar sebelum karam.

Kejadian pada pukul 10.45 pagi itu berlaku kira-kira empat batu nautika dari Timur Laut Kuala Besut iaitu selepas 20 minit bot itu meninggalkan Jeti Kuala Besut menuju ke Pulau Perhentian.

Selain tiga pelancong warga asing bersama seorang rakan warga tempatan, turut berada dalam bot itu adalah 33 ahli rombongan dari Melaka berserta seorang jurumudi dan dua pekerja bot terbabit.

Akibat kejadian itu seorang ahli rombongan dari Melaka, Nurizam Hasan, 38, melecur di kedua-dua belah tapak tangan dan muka manakala sepasang suami isteri berusia 30-an daripada rombongan itu pula mengalami sesak nafas.

Ketiga-tiga mangsa itu kini dirawat di Hospital Besut di sini manakala mangsa-mangsa lain menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama.

Seorang mangsa, Arman Arshad, 34, berkata, rombongan dari Melaka itu yang sedang dalam percutian sempena cuti sekolah disertai seramai 17 kanak-kanak berusia antara lapan hingga 12 tahun.

Turut serta dalam rombongan dari Melaka itu ialah 16 orang dewasa iaitu sembilan wanita dan tujuh lelaki.

Tiga pelancong warga asing itu pula berasal dari United Kingdom dan dalam jadual melancong ke Pulau Perhentian.-Kosmo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: