Kenderaan Tercampak, Rumah Hanyut Di Jepun


Gempa bumi buruk yang melanda Jepun hari ini menggegarkan bangunan dan turut menyebabkan kenderaan tercampak daripada jambatan, lapor rangkaian berita CNN.

Laporan langsung siaran televisyen itu pada petang ini turut menunjukkan kebakaran turut berlaku di kawasan tertentu di negara tersebut akibat gempa bumi pada skala 8.9 richter itu.

Gempa bumi berkenaan adalah yang paling buruk melanda Jepun dalam tempoh 140 tahun.

NONEDilaporkan, serpihan daripada runtuhan rumah dan juga kapal laut turut dihanyutkan ombak ke arah lebuhraya akibat tsunami yang melanda, ekoran gempa bumi tersebut.

Sekurang-kurangnya sebanyak empat juta rumah di Tokyo dan kawasan sekitarnya pula terjejas apabila bekalan elektrik terputus, lapor CNN dalam laman webnya.

Orang ramai dilaporkan membanjiri jalan-jalan di kota berkenaan dan cuba menghubungi saudara mara mereka melalui telefon bimbit.

Di dalam bangunan pejabat pula, kertas-kertas bertaburan dan para pekerja terpaksa bergantung kepada kerusi dan meja mereka.

Lapangan terbang, stesen tren ditutup

Tsunami yang berpusat di Laut Pasifik itu kini sedang menuju kawasan pesisir di negara-negara lain, lapor laman itu.

NONESementara itu, sekurang-kurangnya lapan orang telah disahkan meninggal dunia akibat gempa bumi tersebut, lapor laman rangkaian berita Al-Jazeera.

Kerosakan akibat tsunami itu banyak berlaku di kawasan bandar Onahama di daerah Fukushima, lapor laman tersebut yang memetik laporan stesen TV NHK Jepun.

Turut dilaporkan, satu kebakaran besar berlaku di satu pusat penapisan minyak di Iichihara dekat Tokyo, manaka kepulan asap tebal dilihat di sekurang-kurangnya sepuluh kawasan di bandar itu.

Perdana menteri Jepun Naoto Kan dilaporkan berkata, gempa bumi hari ini menyebabkan kerosakan teruk di kawasan utara Jepun.

NONEBeberapa loji nuklear di kawasan berkenaan telah ditutup secara automatik, namun tiada kebocoran bahan radioaktif berlaku, katanya dalam satu sidang media tergempar berhubung malapetaka itu.

Tsunami dianggarkan setinggi bangunan tiga tingkat itu turut menjejaskan lapangan terbang Sendai di kawasan timur laut Jepun.

Laporan televisyen menunjukkan mangsa yang terpaksa berdiri di bumbung bangunan terminal lapangan terbang berkenaan, lapor Al-Jazeera.

Lapangan terbang lain juga telah ditutup dan perkhidmatan tren dihentikan.

Pesawat tentera pula dilihat terbang di kawasan yang paling teruk terjejas untuk mengenalpasti keperluan menyelamat.

Turut dilaporkan, satu bumbung dewan runtuh di timur Tokyo menyebabkan ramai cedera.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: