DUN Pelabuhan Klang: Berat sebelah, mahkamah dengar satu pihak


Dari Keadilandaily

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan Badrul Hisham Abdullah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang menunjukkan badan kehakiman itu berat sebelah, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin.

“Perkara ini kita sudah jangkakan. Hari ini mahkamah bersidang tanpa kehadiran peguam yang mewakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang terlebih awal memberitahu ketidakhadiran beliau.

“Tetapi prosiding kes tetap berjalan dan terus mengumumkan keputusan yang pastinya berat sebelah. Mahkamah seolah-olah sengaja mempercepat kes supaya pilihan raya kecil tidak dapat dijalankan,” kata Shamsul kepada KeadilanDaily.com.

Shamsul tidak menolak kemungkinan mahkamah berkenaan, mengikut telunjuk kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) bagi mengekalkan kerusi Pelabuhan Klang dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

“Saya kesal kerana hakim tidak menangguh kes dan hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Kita mahukan mahkamah tanpa bayangan telunjuk kerajaan Umno BN

“Peguam Badrul – Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin pula berdolak dalik dalam menentukan jumlah hari yang tidak dihadiri beliau dengan pelbagai alasan walaupun ia jelas dibuktikan Chang Khim sebelum ini,” ujarnya.

Hakim Zaleha Yusof membuat keputusan itu selepas saman pemula dibuat badrul apabila  kerusi DUN Pelabuhan Klang pada 19 Januari lalu, diisytihar Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebagai kosong.

Chang Khim mengisytihar kerusi yang disandang Badrul Hisham kosong berikutan wakil rakyat itu gagal menghadiri sidang dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.

Keputusan itu dibuat beliau berdasarkan Perkara 69 dan 70 Perlembagaan Selangor yang tidak mebawa peruntukan rayuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: