Peta tawar RM6,000 untuk keadilan anjing poodle


Dari Harakahdaily

Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (Peta) Asia menawarkan ganjaran sejumlah RM6,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai identiti lelaki yang mendera seekor anjing poodle bernama Sushi dalam sebuah video yang telah tersebar di Internet.

Lelaki yang dirakam itu dipercayai warganegara Malaysia, memukul dan menggoyang Sushi tidak berhenti-henti.

Lelaki itu bertindak kejam menumbuk, menendang dan menbaling anjing tersebut untuk memaksa ia belajar berdiri.

Walaupun Peta telah menghantarkan banyak maklumat berkenai kes ini kepada Polis Diraja Malaysia, tetapi Pengarah Jabatan Siasat Jenayah berkata mereka tidak dapat memastikan identiti lelaki dalam video tersebut.

Penyelidikan jenayah tidak dapat dijalankan sekiranya mereka tidak ada maklumat jenayah atau tip-off dari ahli masyarakat. Tidak ada sesiapa pun yang tahu di mana Sushi berada sekarang.

Agnes Tam, pegawai Peta Asia berkata, orang yang mendera binatang boleh dibaratkan sebagai pengecut.

“Mereka melepaskan perasaan ketidakpuasaan mereka terhadap haiwan-haiwan yang tidak mempunyai kuasa untuk melindungi sendiri,” katanya.

Menurut agensi penguatkuasaan undang-undang dan ahli profesional kesihatan mental yang terkemuka, penjenayah yang mendera binatang biasanya akan mengulangi kesalahan dan perbuatan mereka membawa bahaya kepada semua haiwan termasuk manusia.

Di bawah seksyen 44 Akta Binatang 1953 Malaysia, lelaki di dalam video tersebut boleh disabitkan kesalahan dan didenda RM50, 000 atau dipenjarakan selama enam bulan.

**Nota Tambahan

POODLE

Anjing Poodle merupakan anjing nasional Negara Prancis, terdapat 3 ukuran untuk anjing yang elegan dan pintar ini. Anjing ini telah dikenal diseluruh dunia karena kecantikannya dan kepintarannya tanpa ada trah lain yang biasa menandinginya.
Poodle memiliki sifat yang setia, gemar bermain dan pintar . Untuk tipe standar sifatnya lebih berani dibanding 2 tipe lainnya yang agak pemalu.
Hal yang sangat istimewa pada Poodle adalah ras ini tidak mengalami masa pergantian bulu seperti ras lainnya. Bulunya tumbuh diseluruh bagian tubuh hingga didalam lubang telinga.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: