DAP akan sokong Nizar jadi MB Perak lagi


DAP akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin (gambar) untuk menjadi menteri besar Perak jika Pakatan Rayat berjaya merampas negeri Perak semula dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapannya di majlis makan malam DAP Kampar malam tadi.

Perkara ini dinyatakan oleh Setiausaha DAP Perak yang juga bekas Exco kerajaan negeri Pakatan Perak, Nga Kor Ming dalam satu kenyataannya.

Menurut Nga Kor Ming, Setiauasaha Agung DAP dalam ucapannya itu menyifatkan Nizar mempunyai rekod yang sangat baik sebagai MB Perak sebelum ini.

“Nizar juga seorang yang mempunyai intergriti yang menyebabkan dia adalah calon terbaik untuk jawatan itu,” kata Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapannya itu.

Nizar telah dipilih menjadi MB Perak ketika Pakatan memerintah sebelum ini walaupun PAS hanya mempunyai enam wakil dalm Dun Perak berbanding DAP dan PKR yang mempunyai lebih ramai wakil.-Harakahdaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: