Komuter terkandas


TERKANDAS...sebahagian penumpang perkhidmatan KTM Komuter dari KL Sentral ke Rawang yang terkandas petang semalam.
TERKANDAS…sebahagian penumpang perkhidmatan KTM Komuter dari KL Sentral ke Rawang yang terkandas petang semalam.

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan komuter Kereta api Tanah Melayu Bhd (KTMB) terpaksa dihentikan sementara operasinya bermula kira-kira jam 6.35 petang semalam sehingga lewat malam tadi berikutan kejadian kabel elektrik terputus di laluan berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Pegawai Kanan Koperasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail ketika dihubungi berkata, berikutan masalah itu laluan seperti Bank Negara ke Hentian Putra dan laluan daripada Bank Negara ke Batu Caves dihentikan serta-merta.
“Kami terpaksa menghentikan operasi bagi melakukan kerja baik pulih kabel berkenaan sehingga malam, namun laluan di Kepong ke Rawang masih boleh digunakan seperti biasa, tetapi hanya satu laluan dibuka.

  • FotoBERATUR…penumpang perkhdimatan Komuter dari KL Sentral ke Putra terpaksa menukar semula tiket mereka atau memulangkan wang.
  • FotoTUNGGU…sebahagian penumpang yang terkandas, petang semalam.

“Laluan lain seperti Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang dan daripada Kuala Lumpur ke Seremban masih beroperasi seperti biasa,” katanya.
Beliau berkata, kerja membaik pulih kabel perkhidmatan itu giat dijalankan dan dijangka siap secepat mungkin.
“Saya percaya kerja membaik pulih ini akan siap menjelang tengah malam ini (tadi) dan akan mula beroperasi esok pagi (hari ini),” katanya.

 

Mohd Fazil berkata, KTMB memohon maaf kepada semua penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan itu atas segala kesulitan dialami.-Hmetro

Satu Respons to “Komuter terkandas”

  1. ktm perlu menyediakan kekerapan tren pada wktu waktu kemuncak…dan tolongla tepati masa perjalanan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: