Jet ski langgar pelancong


KENANGAN... Zhu Li bersama suaminya bergambar di tepi pantai sebelum kejadian.
KENANGAN… Zhu Li bersama suaminya bergambar di tepi pantai sebelum kejadian.

GEORGETOWN: Keseronokan menikmati keindahan pantai di Batu Feringghi, di sini, bersama keluarga bertukar tragedi apabila seorang pelancong warga China dilanggar jet ski dinaiki dua lelaki warga Myanmar, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi, Zhu Li, 47, bersantai bersama suaminya Zhao Yong Gang, 47, anak perempuannya Zhao Xue, 20 dan tiga rakannya di kawasan pantai di belakang Hotel Golden Sands Resort, dekat sini.
Ketika suami mangsa mahu merakam gambar isterinya yang berdiri di tepi pantai, tiba-tiba sebuah jet ski dipandu laju melanggar mangsa dari arah belakang, menyebabkan mangsa cedera teruk di kedua-dua kakinya manakala jet ski berkenaan terdampar di pantai.

Sebelum kejadian, Zhao Xue yang baru tiba di negeri ini beberapa hari lalu mendakwa, dia dihampiri seorang pengurus yang mengendalikan aktiviti jet ski di pantai itu menawarkan perkhidmatan jet ski dalam nada mendesak.
Bagaimanapun, beliau menolak pelawaan itu berikutan tidak berminat dengan tawarannya, menyebabkan pengurus berkenaan meninggalkannya bersendirian.
“Ketika bapa saya merakam gambar ibu yang berdiri membelakangkan pantai, tiba-tiba sebuah jet ski dinaiki dua lelaki Myanmar menuju ke arah ibu saya dan melanggarnya dari belakang,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, semalam.

 

Beliau berkata, dia bersama rakannya percaya jet ski berkenaan sengaja dipandu laju ke arah ibunya. dan tidak menyangka pengalaman mereka bercuti di tepi pantai sempena Tahun Baru Cina bertukar malang.
Katanya, dia mengesyaki dua lelaki Myanmar itu adalah pekerja kepada pengurus yang mengendalikan aktiviti jet ski di pantai itu.

Sementara itu, suami mangsa, Zhao Yong Gang yang juga pekerja kilang di Sungai Petani, Kedah sejak 10 tahun lalu berkata, selepas dua lelaki berkenaan melanggar isterinya, mereka cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap orang ramai. di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian turut memukul kedua-dua lelaki itu sebelum menyerahkan mereka kepada polis, manakala isterinya dihantar ke HPP untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya, tulang paha kedua-dua kaki isterinya terkeluar akibat pelanggaran itu dan doktor yang merawat isterinya memaklumkan kaki kiri isterinya cedera parah namun keadaannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya mengarahkan aktiviti jet ski dihentikan buat sementara. waktu sehingga siasatan polis selesai.
Katanya, pihaknya dimaklumkan oleh anggota polis, dua lelaki Myanmar berkenaan ditahan di Balai Polis Batu Feringghi untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan dua lelaki berkenaan pada mulanya ditahan di Balai Polis Batu Feringghi sebelum dihantar ke Balai Polis Tanjung Tokong.-Hmetro

Satu Respons to “Jet ski langgar pelancong”

  1. hentikan terus penggunaan jetski di kawasan pantai pulau pinang kerana banyak kejadian yang tak di ingini berlaku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: