Betapa Isteri di Hati Seorang Nabi


Dikirim oleh inijalanku

https://ntvirus.files.wordpress.com/2008/09/syair_hab_mg_sk.jpg?w=450&h=342

 

Allah adalah tempat kecintaan mutlaq di hati seorang hamba yang berjaya mendapat Syurga Firdaus. Dan Allah swt tidak menerima sebarang sekutu (selainNya) bukan sahaja di dalam KerajaanNya (dalam membuat undang0undang yang bertentangan), maupun sekutu di dalam kecintaan. Oleh itu cinta kita kepada isteri, anak-anak dan keluarga adalah terpancar dan berdasar kecintaan kepada Allah swt.

Begitu kecintaan Nabi saw kepada Khadijah ra isteri yang tiada tolok bandingannya berbanding isteri-isterinya yang lain. Cintanya kerana Allah, kerana Khadijah ra beriman kepada Allah. Suatu detik yang menyebabkan hati saya berdetik, iaitu detik Khadijah ra beriman dengan kisah yang diceritakan oleh suaminya, Risalah yang dibawanya dari Gua Hirak. “Aku takut akan diriku” sabda Nabi saw lalu disambut segera oleh Khadijah ra “Kalla (sekali-kali tidak)!! Sungguh engkau orang yang menghubungkan Silaturrahim, menderma kepada orang yang tidak berharta …”. Ya Allah! Cepatnya Khadijah ra beriman! Tanpa tangguh! Tanpa mengenali apakah gerangan makhluq yang tiba-tiba hadir di gua sehingga menakutkan suami yang dikasihi!

Tasdiq lebih tinggi dari Iman. Iman ertinya mempercayai dan meyakini. Tasdiq ertinya membenarkan, lebih tepat lagi dalam makna bahasa kita membuktikan dengan pengorbanan jiwa, harta, masa dan nyawa demi memenangkan apa yang diyakini. Sabda Nabi saw kepada Aisyah ra, “Demi Allah! Allah tidak menggantikan untuk aku isteri yang lebih baik dari Khadijah. Dia beriman kepada aku ketika manusia lain kufur kepada aku. Dia membenarkan aku ketika manusia lain membohongi aku. Dia memberi aku dari hartanya ketika manusia lain melakukan sekatan terhadap aku. Darinya aku dikurniakan anak ..”.

Ya, Khadijah ra membenarkan Risalah yang dibawa oleh suaminya dari Allah, berkorban segala hartabenda perniagaanny ayang berjaya hanya kerana untuk memenangkan Agama Allah berdepan dengan sekatan ekonomi yang dipaksakan oleh pemimpin Quraisy terhadap suaminya dan kaum muslimin.

Tiap tahun dari 610M ketika dilantik menjadi Rasul hingga 632M apabila Baginda wafat, dipenuhi dugaan dan kesakitan, ada ketikanya mengancam nyawanya sendiri, ada tahun dimana 70 ahli hafiz Al-Quran ditipu lalu dibunuh hingga Nabi saw solat berqunut (mengadu kepada Allah) selama sebulan, ada tahun dimana bapa saudaranya Hamzah dibunuh dan dimamah jantungnya tetapi tahun yang paling Baginda saw bersedih ialah tahun Khadijah ra meninggalkan Baginda saw berjuang didunia tanpanya disisi dan hanya bertemu kembali di Syurga nanti yang kekal abadi.

Ya Allah, kurniakan kami isteri seperti Khadijah. Kurniakanlah akhawat dan muslimat hari ini masulah dan pemimpin sayap wanita seperti Khadijah. Kurniakan kami anak-anak seperti anak-anak didik Khadijah … #

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: